Wednesday, November 30, 2016

Selagi Anak Melayu Bernafas Di Muka Bumi Ini Selagi Itu Jugalah UMNO Terus Bernyawa - @NajibRazak #PAU2016


Mukhriz Madey Masih Menggunakan Jawatan² Dalam UMNO? #PAU2016


Alaa jeles lah tu sebab parti pak dia walaupun duit banyak tapi takleh nak buat mahupun beli bangunan untuk parti sendiri. Pasal apa? Pikiaq sendiri.

Bangunan setinggi 70 tingkat tu nanti bukannya setiap tingkat akan digunapakai oleh UMNO tapi ianya akan disewakan kepada mana-mana syarikat untuk beroperasi di dalam premis berkenaan.

UMNO Berjaya Disebabkan Sokongan Padu Ahli² - @NajibRazak #PAU2016


Kejayaan UMNO sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan dicapai dan dikecapi pada hari ini tanpa sokongan padu jutaan anggota parti, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Presiden UMNO itu berkata kejayaan dan limpahan rahmat itu malah turut dikecapi dan dinikmati oleh rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

Mulai 1 Dis 2016, Penumpang Aliran Ampang Tak Perlu Tukar Tren Di Chan Sow Lin #RapidKL


Bermula Khamis ini, para penumpang RapidKL Laluan Ampang tidak perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin untuk meneruskan perjalanan ke Sentul Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Rail Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, laluan Sri Petaling - Ampang sepenuhnya akan menggunakan tren enam gerabak kenderaan rel ringan (LRV) sekali gus menamatkan perkhidmatan kereta api lama.

Tuesday, November 29, 2016

Kos Kerja Haji 2017 Kekal RM 9,980 @


Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun depan pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, kos menunaikan haji secara muassasah meningkat kepada RM19,550 seorang berbanding RM18,890 seorang ketika ini berikutan kos penginapan, pengangkutan, makan minum dan lain-lain perkhidmatan yang turut bertambah.

Ludah Anwar Kini Dijilat² Bekas Pemimpin UMNO Puii

Monday, November 28, 2016

Timbalan Menteri Tampil Nafi Dakwaan Kenaikan Kadar Cukai Jalan 2017 @Kaprawi


Tidak menunggu lama untuk menjawab persepsi yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab awal pagi ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi pantas menjawab semula isu kenaikan kadar cukai jalan 2017.

[Video] Geng Baju Kuning Belasah Bangla @PDRMsia


Video yang sedang viral di laman media mulai semalam (27 Nov 2016)

Friday, November 25, 2016

Rafizal, Patutnya Kau Tumbuk Jer Muka Zunar Tu !!


Hahhhh akhirnya ada juga wakil UMNO pergi sekolahkan si Zunar mangkuk hayun yang dikurniakan Allah kelebihan dan kreativiti melukis tapi tak memanfaatkan ke arah yang lebih baik. 

TAHNIAH diucapkan kepada saudara Rafizal, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Pemuda² berani tampil berhadapan dengan pelukis kartun biadap, si Zunar bahalol. Datang dengan aman dengan tujuan memberitahu hasrat yang terbuku di dalam hati.

Hanya UMNO Dan PAS Sahajakah Yang Mendukung Islam Di Malaysia?


Sepatutnya, semalam mencatatkan sejarah tersendiri apabila Rang Undang-Undang Syariah (RUU) yang menjadi polemik sepanjang tahun ini, mula dibahaskan di Dewan Rakyat.

Namun, apa yang dinanti-nantikan tidak kesampaian selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan mengenai RUU 355 ini kepada sidang yang akan datang dengan alasan masih terdapat percanggahan dan salah faham berhubung isu ini.

Thursday, November 24, 2016

Strategi Jual Islam Demi Mengaut Sokongan Terhadap Maria Chin Puiii


Saya nak kongsikan dgn rakan2 satu kisah. Saya minta 5 minit sahaja masa anda utk baca sampai habis para demi para.

Beberapa bulan lepas saya ada menghadiri satu taklimat tertutup tentang kegiatan2 mereka yg ada kaitan dgn kumpulan IS, Daesh dan sebagainya. Taklimat itu disampaikan oleh individu yg berpangkat sgt besar dlm menjaga keselamatan negara kita. Beliau bukan org politik.

Wednesday, November 23, 2016

Skuad Bola Sepak Bakal Tarik Diri Dari AFF Cup 2016 !!


Pelbagai pihak mula bersuara menyatakan pendirian untuk skuad bola sepak negara menarik diri daripada menyudahkan baki perlawanan pada Piala AFF yang sedang berlangsung di Myanmar sebagai tanda protes terhadap kebisuan kerajaan negara tersebut terhadap kekejaman dan kezaliman terhadap umat Islam Rohingnya.

Tuesday, November 22, 2016

Kerajaan DAP Penang Buat Bodoh Rumah Mampu Milik Dijadikan Homestay


Seorang pemilik rumah mampu milik di Gelugor yang berang dengan tindakan jirannya menyewa unit bersebelahan kepada orang asing, menghantar nota bantahan kepada kerajaan Pulau Pinang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

K L Soh, 50, yang bosan selepas kehabisan semua saluran mengadu, memutuskan untuk berjumpa exco negeri yang menjaga hal ehwal perumahan, Jagdeep Singh Deo.

#UPSR : Tiada 'A' Tak Bermakna Pelajar Tersebut Tidak Pandai


Tahun ini ramai ibu-bapa dan guru-guru yang terkejut dengan keputusan peperiksaan UPSR anak-anak dan murid-murid mereka yang tersasar jauh dari jangkaan. Hanya 1% sahaja anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini mendapat semua ‘A’ berbanding 5-10% pada tahun-tahun yang lepas. 

Peperiksaan adalah satu cara untuk menguji keupayaan pemikiran atau ‘intellectual horse power’. Dalam hampir semua peperiksaan, setiap tahun soalan-soalan peperiksaan adalah berlainan. Oleh itu tahap kesukaran soalan-soalan peperiksaan tersebut juga adalah berlainan. Ada tahun-tahun yang soalannya mudah dan ada pula tahun-tahun yang soalannya lebih sukar daripada tahun-tahun yang lain. 

Monday, November 21, 2016

Warga Emas Mengamuk Di Penang Selepas Disaman Buat Batu Nisan


Seorang lelaki warga emas mengamuk dan menjerit di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Padang Kota, selepas dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh, hari ini.

Beliau yang berusia 60-an dan enggan dikenali berkata, dia kecewa dan marah dengan pemerintahan kerajaan DAP yang tidak berhati perut.

Friday, November 18, 2016

Orang Sibuk Berdemo Anak Muda BN KL Sibuk Bincang Hala Tuju Masa Hadapan #Youth4BetterNation


Tatkala geng mangkuk kuning sibuk nak menganjurkan perhimpunan haram BERSIH BERSHIT 5 di sekitar Kuala Lumpur, anak² muda dalam bandar khususnya mewakili parti² komponen Barisan Nasional (BN) berhimpun dan berbincang serta mencari langkah terbaik demi masa depan yang lebih positif buat semua.

Bengkel Anak Muda Bandar 2016 menghimpunkan hampir 300 orang anak muda dari seluruh Wilayah Persekutuan dari pelbagai latar belakang keluarga dan pekerjaan ini bertujuan mencari isu² serta solusi terbaik buat anak bandar.

Caj Wad Kelas Kedua Hospital Naik 25% Jer Bukan 50% Tahun Hadapan


Kementerian Kesihatan menjelaskan kadar caj bagi wad kelas kedua di hospital kerajaan hanya akan naik 25 peratus sahaja pada tahun depan bukan 50 peratus.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kali terakhir kadar itu dinaikkan adalah 34 tahun lalu.

Wednesday, November 16, 2016

Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta Milik Adam Rosly


1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)

2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air juga perlu dijelaskan.

Tuesday, November 15, 2016

Biar Betul Tambang MRT Bermula RM 1 #RapidKL #MRT


Rapid Rail Sdn Bhd, yang akan mengendalikan perkhidmatan MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) di bawah jenama perkhidmatan Rapid KL, hari ini mengumumkan struktur penuh tambang, yang bermula dengan tambang nominal RM1 untuk perjalanan satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai.

Tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10 antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.

Polis Berjaya Berkas Suspek Gangguan Seksual Dalam LRT


SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL BERJAYA DIBERKAS

Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana telah berjaya menahan suspek yang disyaki telibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang telah diviralkan menerusi media sosial.

Suspek yang berusia lingkungan 44 tahun telah ditahan pada jam 11.15pagi hari ini oleh anggota Polis Bantuan Prasarana sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni. Suspek kemudianya dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Baca Dan Fahami Caj Klinik / Hospital Kerajaan Naik 50%


CAJ HOSPITAL KLINIK / KERAJAAN NAIK 50%?

Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.

Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Monday, November 14, 2016

Parti² Pembangkang Mempunyai Agenda Tikam Menikam Tersendiri


Kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berjaya kerana masing-masing mempunyai agenda dan prinsip perjuangan yang berbeza.

Menurut anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, parti baru itu akan menghadapi masalah dalam soal pengagihan kerusi bagi pilihan raya umum kerana parti pembangkang yang lain pasti sukar untuk melepaskan kerusi mereka.

Rafizi Rela Memfitnah & Akhirnya Meringkuk Di Dalam Penjara


Setiausaha Agung PKR yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

SPRM Didesak Siasat Kekayaan Luar Biasa Ketua AMK Ampang


Persoalan pertama yang bermain di benak kepala netizen semalam adalah seorang budak berjawatan Ketua AMK Ampang dan bergelar Dato' (anugerah Pahang) memiliki kekayaan luar biasa. Memiliki sebuah banglo beranggaran RM 7 juta dan puluhan kereta mewah.

Dari mana datangnya kemewahannya?

Wednesday, November 9, 2016

Perbandingan Sistem Tren Tanzania & Malaysia


Dengar cerita ada yang sampai menggigil bila mengenangkan Malaysia bakal jadi negara di bawah jajahan kerajaan China ataupun jadi seperti negara Zimbabwe atau lebih teruk lagi seperti Tanzania.

Bila pemimpin kerajaan bagi kenyataan tentang itu dan ini, hang tak nak percaya tapi bila pemimpin Pembangkang yang bongok tu buat perbandingan dengan negara yang tak setanding Malaysia dan tidak logik langsung, hang percaya bulat-bulat.

Tuesday, November 8, 2016

#Prasarana Perbaharui Ikrar Memperkasa Nilai² Integriti Selaras Kemajuan Organisasi @MyRapidKL @SPRMMalaysia @azmiaziz60


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini membaharui komitmen dan iltizam Kumpulan berkenaan dalam memperkasakan nilai integriti di dalam organisasi itu dengan memeterai satu Memorandum Persefahaman dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Memorandum ‘Memperkasa Integriti Prasarana Di Peringkat Negara dan Antarabangsa’ itu dirangka bagi mengganti memorandum yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada tahun 2012 selaras dengan kemajuan pesat Kumpulan Prasarana, yang kini sudah mengembangkan sayap operasinya di pentas antarabangsa.

#Bajet2017 Ahli Parlimen Pembangkang Undi Tidak Sokong Manfaat Kerajaan Kepada Rakyat


Semasa dibentangkan = Wakil Rakyat Pembangkang bertindak protes keluar Dewan Rakyat.

Semasa dibahaskan =
Wakil Rakyat Pembangkang timbulkan pelbagai spekulasi, persoalan, cadangan dan kebanyakannya diambil maklum oleh Kementerian yang terlibat. Tidak kurang juga isu kontroversi Ahli Parlimen DAP Segambut bertindak biadap terhadap Speaker Dewan Rakyat.

Monday, November 7, 2016

[Video] Paya Terubong Waterfall Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang ! #DAPRasuah

Baca & Fahami Mansuh Caj RM1 & Pesakit Perlu Full Paying Patient (FPP)


Gambar sekeping surat edaran dalaman yang menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh, tersebar di media sosial tanpa sebarang pemahaman dan penjelasan yang tepat, mencetuskan kebimbangan netizen.

Ada sesetengah pihak tersalah tafsir dan menganggap bahawa caj rawatan RM1 akan dimansuhkan. Lebih teruk lagi, ada yang menyangka hospital kerajaan akan diswastakan.

Bagi menjelaskan kekeliruan itu, pihak The Dressar & Co. (TDC) tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

Wednesday, November 2, 2016

Tahniah PM @NajibRazak Catat Pelaburan Tertinggi Hampir RM 150 Bilion #RespectMyPM


DS Najib Tun Razak berjaya mencipta rekod pelaburan tertinggi hampir RM 150 bilion antara Malaysia dan China. Sebanyak 14 MoU dimeterai semasa beliau dan rombongan di sana.

Satu pencapaian yang paling awesome yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu, termasuk juga PM Kuda.

Inovasi GTRS Hasil Penjimatan Jutaan RM Untuk #Prasarana #RapidKL


Berkat ketelitian dalam pemerhatian dan keyakinan kepada diri sendiri, enam kakitangan teknikal Rapid Rail Sdn Bhd telah menghasilkan satu inovasi hebat untuk membantu mengurangkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di samping menghasilkan penjimatan berjuta ringgit kepada syarikat induk, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Kumpulan GTRS - singkatan kepada ‘Group Technical Rolling Stock’ - terdiri daripada staf Jabatan Tren (Rolling Stock) LRT Laluan Kelana Jaya termasuk seorang jurutera, dianggotai oleh Muhammad Firdauss Ab Jalil, Muizzuddin Mohamad, Mohd Nazri Ismail, Ahmad Mahazam Mat Zaid, Muhammad Nor Ahmad Shupi dan Fahkri Noor Ramli.

Tangga Sempit Sampai Mak Jatuh Tangga 5 Kali

Nasi Lemak Anak Dara, Azmin Ali Beriya² Turun Tengok. Bila Bab Air?


Tuesday, November 1, 2016

Apa Lagi Sembang Isu Shafie Apdal & Felcra Nih !


Shafie Apdal dengan bangga dia lebih 30 tahun bermula sebagai Setiausaha Politik hingga dia jadi Menteri. Dia mungkin lupa semasa dia naik, kumpulan merekalah yang menyingkir semua ketua jabatan dan GLC berketurunan Kadazan Dusun Murut!

Tunggu Tren Tak Sampai Dalam 15 Minit, Boleh Naik Free ! #RapidKL


Tahukah anda sekiranya anda menunggu tren LRT, Monorel atau MRT melebihi tempoh 15 minit dan anda layak mendapat voucher / kupon perjalanan sehala secara percuma?

Hal ini telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri di Dewan Rakyat semalam berkenaan kelewatan perkhidmatan LRT dan Monorel dan bagaimana tuntutan boleh dilaksanakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...