Monday, January 2, 2017

Kerajaan Selangor Nak Bunuh Rakyat Ketika Ambang Tahun Baru Ker?


Ini kes bunga api meletop dan mencederakan orang ramai ketika sambutan ambang tahun baru Fiesta Gegar Klang 2016 di Pandamaran, Klang.

Sehingga kini, tiada pihak yang bertanggungjawab kerana pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberitahu bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) tak memohon kelulusan untuk pertunjukan bunga api.


Tapi MPK pula cakap yang pihak PDRM sepatutnya dah tahu akan aturcara pertunjukan bunga api memandangkan pihak berkuasa tersebut telah turut serta sebagai jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang.

Lepas tu PDRM pula kata, sepatutnya MPK kena mohon permit untuk pertunjukan bunga api.

MPK pula bagi kenyataan, PDRM mele­takkan anggota untuk berkawal. Sepatutnya anggota boleh melarang pihak penganjur meneruskan acara tersebut jika tidak ada permit.


PENDAPAT 50 SEN AKU

MPK seharusnya membuat permohonan permit untuk acara pertunjukan bunga api. Dengan melibatkan pegawai Polis sebagai jawatankuasa penganjuran, tidak bermakna penganjur sudah boleh melakukan sesuka hati ketika sambutan tersebut diadakan.

Kemungkinan pegawai Polis yang diletakkan dalam jawatankuasa terlepas pandang atau telah menasihatkan untuk penganjur memohon permit tapi perkara tersebut tidak berlaku.

Anggota Polis yang bertugas berkawal ketika acara diadakan tidak mengetahui segala perancangan teknikal yang telah dilakukan oleh jawatankuasa terlibat. Kemungkinan juga mereka hanya dimaklumkan mengenai skop tugas masing² dari sekian-sekian tempat dan waktu sehingga waktu tertentu.

Kesimpulannya, penganjur kena bertanggungjawab kerana gagal memastikan program berjalan dalam keadaan baik. Tambahan pula seperti kelihatan dalam video, tempat pelancaran bunga api tersebut di rasakan terlalu dekat dengan pengunjung dan sepatutnya ianya diletakkan di kawasan terhindar daripada orang ramai.


3 comments:

  1. org bangang kalau memerintah mcm tu lah jd nya.. paling senang salahkan org lain..

    ReplyDelete
  2. SUDAH2 LAH MENYALAHKAN ORANG LAIN..

    ReplyDelete
  3. libatkan polis utk tujuan keselamatan.. anggota bertugas tau ke tak de permit... penganjur jangan lepas tangan.. amik tanggung jawab sebab yang menganjur MPK bukan Polis.. sape sape yang cedera tu sila saman MPK !!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...