Full Width CSS

Program Usahawan Bergerak, Mobilepreneur Untuk Bantu Masyarakat Luar Bandar #KKLWHariIni @Ismail_Sabri60


Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) merupakan satu inisiatif bagi membantu masyarakat luar bandar khususnya belia menjalankan perniagaan atau perkhidmatan secara berkesan.

Mobilepreneur mempunyai potensi tersendiri dari segi konsep dan pelaksanaannya kerana bersesuaian dengan keperluan semasa masyarakat. Ia meningkatkan peluang keusahawanan berkembang sebagai kerjaya dan sumber meningkatkan pendapatan luar bandar. Bakal pelanggan juga tidak perlu ke kedai bagi mendapatkan perkhidmatan yang diingini.

Kumpulan Sasar ?

Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40).

Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut:

Disahkan sebagai Miskin Tegar dan Miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri /Daerah / Agensi Pelaksana; ataubagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KKLW.

Komponen Dan Kadar Bantuan ?

Kadar bantuan bagi seorang peserta adalah seperti berikut:

Bantuan maksimum bagi pelaksanaan projek ekonomi adalah sebanyak RM10,000 bergantung kepada projek yang dilaksanakan, walau bagaimanapun peruntukan projek yang diluluskan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Kementerian.

Bantuan ini juga merangkumi kos latihan/kursus kemahiran asas projek yang berjumlah maksimum RM1,500 seorang, kos latihan/kursus kemahiran asas projek berjumlah RM1,500 seorang bertujuan memberi latihan/kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dilaksanakan.

Latihan/Kursus kemahiran asas dan jenis kursus yang dirancang boleh dikendalikan oleh Agensi Pelaksana atau lain-lain badan bertauliah yang dilantik oleh Agensi.

Bagaimana Nak Mohon?

Saudara/i yang berminat boleh muat turun borang melalui capaian link - borang atau di sini.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..