Wednesday, March 15, 2017

Setuju Beri Notis Keluar Serta Merta Kepada Penyewa PPR & PA Yang Tak Sedar Dek Untung #DBKL


Aku sokong tindakan kerajaan untuk memberi notis keluar rumah serta merta kepada mana-mana penyewa rumah Projek Perumahan Awam (PPR) & Perumahan Awam (PA) terutama milik DBKL yang menyalahgunakan premis mereka untuk dijadikan aset, menyewakan kepada orang lain dan menjadikan premis tersebut sebagai stor menyimpan barang dan menempatkan pekerja-pekerja binaan.

Ternyata golongan-golongan tersebut tidak memerlukan sebenarnya bantuan kerajaan ini. Sikap angkuh dan kufur nikmat dah seakan-akan telah sebati dalam diri sebilangan penyewa PPR dan PA. Sebab tu ada yang hati kering gantung bendera parti pembangkang di luar premis / unit. Itu tanda-tanda orang lupa diri.
Untuk info kos sewa rumah yang DBKL berikan amat murah dan dirasakan paling murah di dunia iaitu sejumlah RM 300 sebulan. Tetapi perlu diketahui sebahagian jumlah tersebut ditanggung / disubsidi oleh kerajaan.

Sehari : RM 4.20
Sebulan : RM 124.00 (RM 176.00 subsidi)
Setahun : RM 1,488.00 (RM 2,112 subsidi)

* jika penyewa merupakan warga emas atau Orang Kelainan Upaya (OKU) maka mereka berhak mendapat 50% diskaun sewa daripada caj biasa.

Kini ramai orang yang benar-benar layak sedang menunggu giliran untuk ditempatkan di mana-mana premis / unit yang kosong.

Mungkin disebabkan kos sewanya terlalu murah menyebabkan penyewa mengambil kesempatan untuk membuat sesuka hati mereka tanpa memikirkan siapakah yang lebih layak untuk menduduki dan menerima subsidi daripada kerajaan.

Untung jadi penghuni PPR dan PA, sewa bulanan rendah. Anak-anak bersekolah dapat pengangkutan bas secara percuma dan yang terbaru Kementerian Wilayah umumkan untuk membuat baik pulih percuma kepada mana-mana premis / unit yang memerlukan.

Mana nak cari kerajaan 'zalim' sebegini di dunia.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...