Full Width CSS

#RapidKL Payung Parking Percuma Selama 6 Bulan Di Stesen LRT Ampang


Biar betul #RapidKL ni?

Dorang bagi free parking di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang selama 6 bulan kepada pengguna perkhidmatan LRT bersempena ulangtahun ke-20 tahun LRT Laluan Ampang.
Kompleks tersebut setinggi 5 tingkat, mempunyai 1,140 petak parkir, termasuk 144 petak parkir wanita dan 20 petak untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ditambah lagi dengan 200 petak letak motorsikal di tingkat bawah serta pelbagai kemudahan moden termasuk lif, cctv, panic button untuk kegunaan kecemasan dan laluan pejalan kaki berbumbung.

Promosi sah : 1 April 2017 - 30 September 2017.

Perghh macam jual barang pula tapi confirm berbaloilah untuk orang ramai.
_______________________________________________________

Kenyataan penuh RapidKL


PROMOSI KHAS PARKIR PERCUMA DI STESEN LRT AMPANG.

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2017 – Pengguna LRT akan menikmati kemudahan parkir percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Laluan Ampang mulai 1 April 2017 selama enam bulan sempena promosi khas Ulang Tahun ke-20 LRT Laluan Ampang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berkata pengguna LRT yang meletakkan kereta mereka di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang tidak dikenakan bayaran sehingga 30 September tahun ini.

“Selain menghargai sokongan padu pengguna LRT di Stesen LRT Ampang, kami berharap usaha ini akan menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam untuk Laluan Ampang dan Sri Petaling terutamanya oleh penduduk disekitar Ampang,” kata Dato’ Ir. Zohari.

Tambah beliau, penanda atau “bunting” dipasangkan di sekitar Stesen LRT Ampang untuk memudahkan pergerakan orang ramai ke Kompleks Parkir Bertingkat tersebut.

“Di samping usaha ini, pelbagai inisiatif-inisiatif lain akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Seperti yang kita semua sedia maklum, Rapid Rail dan Prasarana Malaysia Berhad komited dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan nisbah penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030,” tambah Dato’ Ir Zohari.

Bersama-sama dengan LRT Laluan Sri Petaling, sistem LRT Laluan Ampang mengendalikan hampir 200,000 penumpang sehari.

Dibuka pada 1 Jun 2014, Kompleks Parkir lima tingkat itu mempunyai 1,140 petak parkir dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk lif, kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan laluan pejalan kaki berbumbung ke stesen LRT Ampang.

Mula beroperasi sejak akhir 1997 sebagai perkhidmatan STAR LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002, LRT Laluan Ampang menyediakan perkhidmatan terus dari Ampang ke Sentul Timur. Ia bersambung dengan LRT Laluan Sri Petaling di stesen LRT Chan Sow Lin dan dengan rangkaian LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek disamping berintegrasi dengan Laluan Monorel di stesen Hang Tuah dan Titiwangsa.

Post a Comment

0 Comments