Full Width CSS

Azwan Bro, Tutup Mulut Atau Terus Dilihat Bodoh !


Angin tidak ribut pun tidak, secara tiba-tiba Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun turun dari langit membuat Kenyataan Media agar Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia menjalankan siasatan ke atas syarikat senaraian awam, Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV).

Senator yang dilantik Kerajaan ini yang terkenal dengan nama Azwan Bro dikatakan turut mendapat tempat di Buletin Utama menyatakan pendapatnya itu. Maaf, CTS sudah lama tidak menonton TV.
Sama ada beliau baru keluar dari gua atau terjaga dari tidurnya yang panjang, Azwan Bro seharusnya sedar siasatan dalaman oleh Jabatan Audit Dalam FGV sedang dan telah dijalankan. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah melantik DS Idris Jala untuk memantau perkembangan siasatan berkenaan. Malah semalam, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan pihak bebas bagi menyelesaikan kemelut FGV telah siap.

Sabar sajalah Azwan Bro. Apa lagi hendak melalak?


Ini bukan kali pertama Azwan Bro melalak isu yang beliau sendiri tidak arif. Dalam bulan Julai 2015, Azwan Bro cuba menjadi 'populist' dan 'opportunist' dengan menyokong TS Muhyiddin Yassin mendesak siasatan ke atas 1MDB.

Namun, setelah kebenaran demi kebenaran terbongkar, beliau kembali tidur lena dan kini pada Jun 2017 beliau kembali terjaga dari tidur dengan isu FGV kononnya.


Untuk pengetahuan Azwan Bro dan minions pembangkang di luar sana yang cuba menjatuhkan FGV, serangan-serangan ke atas FGV sebenarnya bertujuan memberi imej negatif kepada FELDA.

Ini semua dilakukan dengan satu tujuan iaitu menimbulkan perasaan benci peneroka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana peneroka FELDA menjadi undi penentu di hampir 55 buah kerusi Parlimen di seluruh negara. Hakikat yang perlu Azwan Bro dan minions pembangkang perlu tahu adalah:

1. Pendapatan FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia:
2013 : RM 12.658 bilion
2014: RM 15.26 bilion
2015: RM 15.67 bilion
2016: RM 17.3 bilion.

2. Ramai yang lupa bahawa FGV tidak pernah mengalami ke­­rugian sejak penubuhannya pada 2012 sehingga 2015. Hanya pada 2016 FGV berhadapan kerugian apabila apabila terdapat ladang sawit yang ditenggelami banjir, kenaikan harga gula dunia dan banyak pelaburan utama mereka belum mendatangkan hasil yang sepatutnya.

3. Sejak diapungkan pada 2012 sebagai apungan kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook, FGV tidak pernah gagal membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya walaupun ketika ia berdepan situasi perniagaan mencabar seperti kejatuhan harga sawit dan kekurangan hasil buah akibat fenomena cuaca.

Kita berharap Azwan Bro tidak mempunyai agenda untuk merosakkan FGV seperti mana beliau cuba lakukan ke atas 1MDB suatu waktu dulu.

Sumber : CTS

Post a Comment

0 Comments