Wednesday, June 21, 2017

Catatan @razlanrafii Bersama Pelajar #KUPTM Dalam Forum Dialog BizzTalk


Sempat bersama Adik-adik #KUPTM dalam forum Dialog BizzTalk, E-commerce and Networking.

Bersama saya Sdr Andy dari Avana dan Puan Norhaiza dari SSM.

Perkongsian pengalaman kepada adik-adik ini diharap akan memberi mereka kemahiran dari segi pengetahuan E-Commerce yang kian pesat membangun.
Ali Baba @ Jack Ma mengambil masa 13 tahun sahaja untuk memperolehi 1.9 Trillion keuntungan. Dan apabila Malaysia melaksanakan DFTZ Digital Free Trade Zone, ianya telah membuka ruang dan peluang kepada pengiat pergiataan Digital.

Untuk Adik-adik yang belajar IT dan Digital Media , MultiMedia mahupun bidang Perniagaan, ini merupakan pengetahuan yang paling baik untuk semua.

Nak jual peti ais, tak perlu ada kilang peti ais, nak jual katil, tak perlu ada katil, malah nak jual budu pun tak perlu ada kilang budu. Semua ini boleh di jual oleh aplikasi di hujung jari anda.


Perniagaan baru hari ini bukan sahaja menjual produk, tapi perniaga hari ini menjual Trust, kepercayaan, bukan sahaja keuntungan, from trust come profit, apabila kepercayaan ada, disitu datangnya perkhidmatan(service)

SSM berkongsi bagaimana kepercayaan perniagaan yang berdaftar secara sah atau yang tidak sah, sekarang sekira ingin berniaga, hanya RM 30 sudah boleh melayakkan anda untuk berniaga secara Sah.

Banyak penipuan di Internet terjadi kerana mereka tidak berdaftar secara sah dan pendakwaan sering kali gagal dek disebabkan syarikat tidak berdaftar.

Adik Haizat sebagai Modertor memgendalikan forum ini amat baik.

Terima Kasih kepada #KUPTM yang memberi peluang kepada kami untuk berkongsi pengalaman kami.



No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...