Thursday, June 8, 2017

Monorel Empat Gerabak #RapidKL Dihentikan Perkhidmatan - RapidRail


Pengendali monorel, Rapid Rail berkata perkhidmatan tren empat gerabaknya dihentikan sebagai langkah keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zohari Sulaiman berkata, perkhidmatan tren itu dihentikan selepas mengenal pasti risiko yang mungkin terjadi disebabkan tren itu yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Berikutan itu, hanya tren dua gerabak yang akan beroperasi dengan kadar frekuensi setiap lapan minit.

Perkhidmatan monorel akan dibantu dengan perkhidmatan shuttle khas daripada bas Rapid KL, yang akan berulang-alik antara stesen monorel utama ketika waktu puncak pagi dan petang pada hari bekerja.

Pihaknya akan membuat pembayaran balik jika penumpang membuat keputusan untuk tidak menaiki tren dan keluar dari stesen jika berlaku kes kelewatan tren lebih daripada 15 minit.

1 comment:

  1. no wonder tren 4 gerabak tak bergerak? sampai bila kena pakai 2 gerabak eh?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...