Full Width CSS

Aku Naik MRT Semalam Takda Orang Cakap Fasal Kos & Keburukan Kerajaan #JomNaikMRT


Berkesempatan mencuba sendiri laluan baru Semantan - Kajang yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak. Menariknya Fasa 2 SBK ini adalah rekabentuk stesen bawah yang boleh dilihat mempunyai keunikannya tersendiri.

Aku dah pernah try sebelum ini bagi laluan Sg. Buloh - Semantan. Feel dia memang lain dari yang lain. Lebih smooth dan stabil. Paling penting, laju gak lah. Tapi tak selaju ERL, lagi pun laju² ni kau nak ke mana?

Ok back to story asal.

Naik jer atas platform, BAPAK RAMAI orang yang ambil kesempatan bawa keluarga cuba try test MRT semalam. Ada juga yang bawa Mak Bapa dari kampung. Pelbagai kaum turut tidak melepaskan peluang ini baik Melayu, Cina & India bahkan boleh dilihat warganegara luar juga turut merebut peluang menaiki tren MRT secara percuma. Yang aku nampak warga Indonesia, Nepal, India, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Bosnia dan warga Eropah. Masing-masing turut merakamkan kenangan indah di hari pertama SBK Fasa 2 ini.

Kalau dilihat pada ekspresi wajah masing-masing menggambarkan perasaan teruja, gembira dan terpesona dengan kemudahan di stesen sehinggalah ke dalam tren. Aku dengar Mat Salleh belakang aku sembang dengan kawan dia, katanya dari stesen, rel & tren ni memang menggunakan high technology dan lebih baik dari spec yang digunapakai negara lain. Ado ghaso kombang skit hidong den ni ar sobab kerajaan bangunkan MRT, ado sikit guno duit cukai den bayor maso boli McDonalds dua tiga tahun lepas.


Tak kurang dengan itu, ada juga beberapa pihak yang berbual sesama sendiri dan kenalan menerangkan lebih lanjut 'ilmu' yang mereka miliki berkenaan MRT dan sebagainya. Really harmoni dan majmuk sungguh kalau korang tengok & rasai sendiri pengalaman ini. Aku bagitahu korang, aku takda dengar siapa pun yang kritik PM dan segala kos yang telah digunapakai untuk membangunkan infra rakyat ini.

Aku ambil kesempatan singgah di beberapa stesen, antaranya TRX. Mencuba sendiri escalator terpanjang di Asia Tenggara, mak aihhh gayat betul, maklum sajalah, kat rumah takda escalator. Untuk info, laluan tren di stesen ini bertingkat, contohnya penumpang memulakan perjalanan di stesen ini. Untuk laluan ke Sg. Buloh, penumpang kena turun platform paling bawah sekali manakala untuk perjalanan ke Kajang, penumpang kena turun setingkat sahaja dari pintu masuk kaunter tiket.

Stesen Bukit Bintang paling ramai orang. Naik ke jer keluar stesen terus tembus Lot 10. Perghhhh inilah dia hasil pengorbanan korang hadapi kesesakan jalan raya di Bukit Bintang yang terpaksa ditempuhi sebelum ini. Not bad jugalah boleh terus integrasi dengan perkhidmatan monorel pula. Zalim.. Zalim..


Stesen Cochrane memang legend setakat ini. Paling dekat berhadapan dengan IKEA Cheras dan shopping mall MyTown. Pasni boleh bawa set pinggan mangkuk, sudip, almari, cadar, kerusi, meja makan bawa masuk MRT hehe.Itu pun kalau tak kena tahan dengan abam Polis Bantuan ler.

Last sekali aku singgah stesen Merdeka. Lovely stesen beb. Rasa patriotik terus meresap ke dalam jiwa. Ada prinsip Rukun Negara, senarai negeri-negeri di Malaysia dan macam-macam lagi. Korang pergi tengok sendiri, baru tahu apa rasa. Kalau takda rasa apa² tu, confirm korang komunis. Tapi nak dijadikan cerita, malangnya henpon aku habis battery. Hanya dapat capture masuk kepala otak jer.

Stesen Muzium Negara ada dipamerkan macam evolusi pengangkutan awam. Dari stesen ini, boleh berjalan kaki tembus ke kL Sentral.

Nanti bawa lah keluarga korang cuba try test MRT pula ya. Bukannya mahal pun, sekarang ni diskaun 50% jer. Kita sendiri akan rasa puas bila tengok ahli keluarga merasai perasaan keterujaan dan gembira. Semoga Allah merahmati kerajaan Barisan Nasional kita.

Lihat lagi gambar di sini.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sebab mrt ni menambahkan lagi hati ku ini hanya like bn/umno je, pembangkang boleh pi mampus he3

    ReplyDelete
  2. Cerita mcm ni blh buat hanjing2 penghasut dan penyebar fitnah kapir2 dapigs mcm MP Pondan menggelupor tak tentu arah!

    ReplyDelete
  3. Awesome sharing brother

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..