Monday, July 3, 2017

Betul Ker Kerajaan Rakam Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian itu.

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Jailani Johari berkata, peraturan yang tersebar di media sosial itu adalah palsu. “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan berhubung perkara terbabit,” katanya.
Selain itu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, menegaskan bahawa mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...