Monday, July 10, 2017

Perkhidmatan Penuh MRT Dinantikan Warga Lembah Klang #JomNaikMRT @NajibRazak @MRTMalaysia #NegaraKu


Bagai menanti buah yang telah masak dan gugur jatuh ke bawah. Pasti ramai yang semakin tidak mampu menahan sabar terutama bagi warga Kuala Lumpur yang mengharapkan projek stesen-stesen MRT Fasa 2 oleh Kerajaan Barisan Nasional berhampiran kawasan perumahan dan tempat kerja mereka mula beroperasi pada 17 Julai 2017 ini.

Melalui twitter Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, beliau memaklumkan bahawa 99% kerja-kerja akhir projek ini telah siap dan bersedia untuk dibuka kepada orang ramai mengikut tarikh yang ditetapkan demi kesenangan serta kemudahan rakyat.
Sistem-sistem pengangkutan awam rel seperti KTM Komuter / ETS, ERL, LRT, Monorel dan MRT ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam darat kawasan Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang dan pemangkin kepada Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dibawah kerajaan Barisan Nasional.

Bagi mereka yang tidak tahu, projek MRT ini terbahagi kepada dua Fasa iaitu:

FASA 1 : Sg. Buloh - Semantan (21 km)
- Telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada dan dibuka 15 Disember 2016.
- 12 buah stesen.
- Hanya laluan bertingkat, tiada laluan bawah tanah.
- Lebih 3,000 petak parkir bertingkat disediakan di 7 buah stesen.

FASA 2 : Semantan - Kajang (31 km)
- Mulai dibuka kepada orang ramai pada 18 Julai 2017.
- 19 buah stesen.
- Tempoh perjalanan dari stesen Muzium Negara ke Kajang mengambil masa 40 minit.
- Lebih 4,000 petak parkir bertingkat disediakan di 8 buah stesen MRT di laluan Fasa 2.
Maluri
Taman Midah
Taman Suntex
Sri Raya
Bandar Tun Hussein Onn
Bukit Dukung
Sg. Jernih
Kajang

Fakta tambahan yang perlu korang tahu mengenai projek MRT ini.

1. Mulai dibina pada 8 Julai 2011.
2. Menelan belanja sebanyak RM22 bilion.
3. Sg. Buloh - Kajang sejauh 51 km.
4. Sebanyak 31 buah stesen.
5. 7 buah stesen bawah tanah sejauh 9.5 km.
  • Pasar Seni
  • Muzium Negara
  • Bukit Bintang
  • Cochrane
  • Merdeka
  • Tun Razak Exchange
  • Maluri
6. Laluan bertingkat sejauh 41.5 km.
7. Setiap tren mempunyai 4 gerabak dengan kapasiti maksima sebanyak 1,200 orang dalam satu-satu masa.
8. Jumlah penumpang dijangka mencecah lebih 400,000 orang sehari.
9. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit.
10. Lapan puluh (80) tempat parkir bagi Orang Kelainan Upaya (OKU)
11. Lapan (8) buah tempat parkir "Park & Ride" untuk kemudahan pengguna

TAMBANG
Terdapat 2 jenis caj tambang yang dikenakan kepada penumpang. Cuma yang membezakannya adalah kaedah yang perlu dibayar. So pilihan di tangan anda.

Tunai / cash
RM1.10 sehingga RM6.40

Tanpa tunai
RM1.00 sehingga RM5.50
* disarankan guna kad touch n go lagi awesome

Perkhidmatan bas pengantara MRT pula hanya dikenakan caj RM1.00 sahaja untuk laluan sehala dari mana-mana lokasi laluan bas. Tambang bas pengantara boleh dibayar secara tunai ataupun menggunakan kad touch n go. Begitu juga transaksi tambang MRT.

Untuk pembayaran tunai, korang boleh menggunakan mesin layan yang disediakan dan kemudian korang akan terima token coin untuk melepasi gate masuk.

Korang layak mendapat diskaun 50% tambang jika korang dalam kategori warga emas, orang kelainan upaya (OKU) atau pelajar sekolah, kolej dan universiti. Korang hanya perlu pamerkan atau tunjukkan pengenalan diri kepada petugas di kaunter khidmat pelanggan. Untuk pelajar sekolah, korang hanya perlu berpakaian sekolah dan bukan berpakaian tak senonoh pula.

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP). Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan adanya MRT di Lembah Klang, sasaran untuk menjadikan 50% daripada kesemua perjalanan yang dilakukan di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dengan menggunakan pengangkutan awam akan dapat dicapai seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur & Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...