Full Width CSS

Kenapa Malaysia Nak Bantu Kukuhkan Ekonomi Amerika? Fahami Dahulu Maksud Disebaliknya


Hangat suasana dalam media sosial apabila tular mengenai kenyataan balas daripada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak di hadapan kerajaan Amerika Syarikat diketuai Donald Trump.

Ada yang pertikaikan kenapa nak kukuhkan ekonomi Amerika yahudi laknat bla bla bla dan kenapa tak bantu ekonomi Palestin atau Malaysia sendiri? Persoalan macam ni bila dihamburkan oleh mereka yang kurang pengetahuan dari segi ekonomi dan bab perdagangan antara dua negara, memang kacau bilau jadinya. Sebab tu ada sesetengah perkara kita perlu serahkan kepada pakar untuk menentukan hala tuju negara bukannya hanya duduk ngadap Facebook dan berharap kerajaan mengikut telunjuk jari kita untuk membangunkan negara.


Ok back to main story, kenapa PM kata Malaysia nak bantu kukuhkan ekonomi Amerika? Ia tidak membawa maksud, mengorbankan dan menggadaikan kepentingan rakyat serta pembangunan di Malaysia dan menjayakan ekonomi Amerika semata².

Secara makronya ekonomi di dunia ini masih bergantung kepada keadaan semasa ekonomi di Amerika. Mungkin ada kalangan kita tak pernah dan pernah dengar pepatah ekonomi berbunyi..

'Apabila Amerika bersin, Asia/Malaysia akan demam'

Membawa maksud sekiranya keadaan eknomi Amerika goyah atau lombab nak mampuih, maka Malaysia dan negara² yang mempunyai urusan dagang secara langsung dengan negara Uncle Sam ini akan merasa tempiasnya juga. 

Membantu mengukuhkan ekonomi Amerika juga adalah bermaksud membantu mengukuhkan ekonomi Malaysia sendiri. Ya ekonomi Amerika jauh lagi besar dari Malaysia dan negara tersebut merupakan destinasi ketiga terbesar eksport Malaysia. Untuk info, Khazanah Nasional pun telah dan sedang melabur berbillion di sana dan mempunyai pejabat di Silicon Valley. 

Ini semua membawa satu makna iaitu sekiranya ekonomi Amerika bertambah kukuh yang untungnya pelaburan Malaysia juga, begitulah sebaliknya. Kita yakin dengan pelaburan ke Amerika tu pasti ada untungnya. Duit pelaburan dan untung akan kita perolehi semula selepas tempoh matang. Kecoh betul rakyat Malaysia ni. Kalau kita lihat ekonomi Amerika tu bermasalah, apa kejadahanya kita nak pi melabur di sana kan.

Umpama macam korang ada duit banyak, tapi dapat 2 option untuk buat pelaburan. 

1. Melabur dengan peniaga burger pasar malam
2. Melabur dengan McDonalds Malaysia

Dah tentu, keuntungan cepat dan besar boleh dijana sekiranya korang melabur dengan McDonalds sebab syarikatnya kukuh dan kita sendiri tengok orang ramai tak pernah putus berkunjung ke premis tersebut. Begitulah juga hasrat Malaysia, jangan risiko kan diri berniaga.

Contoh sekarang ni di Malaysia nak buat kereta api laju antara KL - Singapore (ECRL). Perasankah kita, negara mana yang benar² menunjukkan minat untuk melabur terhadap projek ini? China kan. Mereka beriya² menawarkan pelaburan untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia sebab apa? Sebab mereka yakin akan keberhasilan dan keuntungan yang bakal dikecapi kelak selepas projek ini siap. Tapi deal untuk projek tersebut tak semestinya sama seperti deal dengan Amerika ini. Cuma kita kena bijak mengorak langkah yang betul. Ramai pemikir di belakang PM yang membantu, bukannya PM fikir sorang² dalam bilik dia nak memacu pembangunan negara ni.

Kenapa tak melabur & kukuhkan ekonomi di Palestin?

Jawapannya mudah, negara tersebut tidak stabil. Apa yang kita boleh melabur di sana? Letak apa saja benda yang cantik dan elok, pasti akan lunyai dibedal Israel Yahudi. Di Palestin, kita boleh bantu dari segi bantuan kemanusiaan dan pelbagai lagi tetapi tidak untuk pelaburan. Lihat contoh seperti pelaburan 2 option di atas.
Kita pernah memberi jutaan malahan bilion untuk Palestin tapi tidak mendatangkan hasil kerana niat kita demi kemanusiaan sejagat. Tapi untuk pelaburan di Amerika ni, sekurang²nya kalau kita melabur RM100 hari ini, esok dah matang tempohnya dapat balik RM100 dan imbuhannya mungkin tambahan RM1000. 

Kenapa tak melabur dengan negara jiran?

Dari segi praktikalnya,hubungan ekonomi kita dengan Amerika adalah jauh lebih penting dari jiran kita seperti Brunei atau Vietnam. Walaupun secara fisikal, Amerika bukanlah jiran kita tetapi dari segi perhubungan perdagangan, kewangan, aktiviti komersil, transfer of knowledge and technology, talian hubungan kita dan Amerika sememangnya jauh lebih tinggi.

Sebagai rakyat, kita bertuah kerana dapat menonton video usahasama dan persefahaman antara Amerika dan Malaysia hari ini. Jika sebelum ini, kita tak tahu apa yang dibincangkan dan diputuskan oleh kepimpinan negara kita. Sekurang²nya kini, dasar kerajaan lakukan lebih telus.


Dah, gi sambung buat kerja korang tu. Biar pakar yang buat kerja pakar.

Post a Comment

0 Comments