Full Width CSS

Ketua Polis Negara Bayangkan Ancaman Pengganas Pada Pesta Arak Nanti


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan mengulangi ketegasan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan Better Beer Festival 2017 yang akan dianjurkan di Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober ini.


Namun tidak bagi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang masih terus berdegil mahu meneruskan pesta arak ini meskipun mendapat makluman daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengingatkan bahawa dengan memberi kebenaran penganjuran festival ini akan menerima ancaman daripada pihak pengganas yang mungkin tidak senang dengan program sebegini.

"Terdapat juga ancaman daripada beberapa kumpulan yang mahu menimbulkan masalah pada acara berkenaan. Disebabkan itu, bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku, PDRM telah mengambil langkah proaktif untuk membantah acara ini diadakan demi keselamatan orang awam," katanya.

IS (pengganas) kalau dorang merancang nak serang atau letupkan sesuatu lokasi, dorang tak bagitahu dalam Facebook atau Instagram. Dorang terus jer pergi buat seperti dirancang.

Salah satu kejayaan dorang pernah buat di Malaysia adalah insiden letupan di sebuah kelab malam Puchong yang mencederakan 8 orang pada Jun tahun lepas.

Kedegilan penganjuran pesta arak ni adalah salah satu bentuk provokasi dan menjadi sebab / alasan untuk puak IS ni memulakan serangan. Jangan tanya sama ada dorang ni berani ataupun keselamatan dikawal pihak berkuasa tetapi dorang dah ada motivasi dan nampak peluang.

Ini perkara yang dikhuatiri oleh pihak PDRM sekiranya penganjuran Better Beer Festival 2017 diteruskan. Jangan kata Polis tak beri ingatan bahawa memang terdapat maklumat ancaman akan berlaku.



Post a Comment

0 Comments