Full Width CSS

Takziah Rakyat Selangor, Akhirnya Negeri Sendiri Jadi Penganjur Pesta Arak !


Pusing sana, pusing sini, akhirnya Festival Beer 2017 akan tetap diadakan di Selangor, lebih tepat lagi di Centro Mall, Klang. Seperti kata Menteri Besar Selangor, ini di bawah kuasa Majlis Perbandaran Tempatan. Majlis Perbandaran Klang (MPK) telahpun memberi lampu hijau kepada Central Mall untuk mengadakan festival beer berkenaan.

MPK pula mungkin berhasrat untuk menipu Malaikat Roqib dan Atid, mengariskan syarat perkataan 'Octoberfest' tidak boleh digunakan.
Bijak kan MPK? Perkataan 'Octoberfest' tidak boleh digunakan tetapi festival beer tetap berjalan. Untuk pengetahuan maca-macai DAP, 'Octoberfest' tidak lagi digunakan sebagai tema pada tahun ini, sebaliknya nama tema adalah 'Better Beer Festival 2017'.

Memanglah nama 'Octoberfest' tidak akan digunakan, bongok! Hendak lulus, lulus sajalah. Jangan layan pemikiran kita macam budak bodoh.

Majlis yang tidak boleh guna nama 'Octoberfest' ini akan berlangsung pada 12 dan 13 October bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Bagi yang berkeluarga, jauhilah dari pasaraya Centro Mall berkenaan pada tarikh dan masa berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Bagi Menteri Besar Selangor pula, keinginan DAP telah dipenuhi tanpa beliau perlu berterus terang meluluskan pesta berkenaan.

Persoalannya, adakah beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan MPK itu, sekiranya beliau mahu?

Post a Comment

0 Comments