Full Width CSS

Untuk Makluman Presiden UMNO, Jentera PAS Siap Sedia Hadapi Pilihanraya Bila² Masa


Pas Selangor mengumumkan jenteranya kini sudah berada pada tahap persediaan tertinggi bagi menghadapi PRU14 pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya menetapkan tarikh 16 September (semalam) sebagai tarikh di mana jentera pilihan raya Pas negeri meliputi 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dun sudah bersedia dengan jentera terlatih dan tenaga yang mencukupi di bawah panji-panji Gagasan Sejahtera.

"Pada hari bersejarah ini (semalam), saya isytiharkan slogan bagi menghadapi PRU14 di negeri ini adalah 'Menerajui Kesejahteraan Selangor'.

"Saya juga mahu tegaskan sekali lagi, Pas negeri bersedia bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi Dun dan seberapa banyak kerusi parlimen yang mungkin di Selangor bagi merealisasikan cita-cita perjuangan menerusi slogan kita," katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, pihaknya bertekad untuk membawa kemenangan bermakna sebagaimana diingini rakyat khasnya di negeri ini.

"Pas Selangor beriltizam untuk meneruskan kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang dicapai bersama melalui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi dua penggal berturut-turut bermula 2008 dan 2013.

"Kita akan berusaha mengambil inisiatif dan pelbagai langkah serta pendekatan Islam untuk mempertingkatkan lagi pencapaian yang ada," katanya.

Post a Comment

0 Comments