Monday, October 30, 2017

#Bajet2018 Info Dana Tabungan Permulaan RM200 #ADAM50 #NegarakuPrihatin


Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018, beliau memaklumkan untuk pertama kalinya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dilancarkan.

Berikut info yang perlu saya, anda dan kita semua ketahui.

1. Dana Tabungan Permulaan ini disumbangkan oleh kerajaan Persekutuan sebanyak RM200.
2. Istimewa untuk setiap bayi @ anak Malaysia atau dalam bahasa mudah faham, warganegara Malaysia ya.
3. Lahir bermula 1 Januari 2018 hingga tahun 2022.
4. Sumbangan dana akan disampaikan melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
5. Skim ini yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50.

Pembangkang dakwa ADAM50 ini idea yang ditiru daripada kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Biarlah ditiru atau diciplak sekali pun, tapi manfaatnya besar tetap diperolehi oleh 'orang baru' di negeri² yang lain.

Ini baru dinamakan kerajaan prihatin. Semoga dipermudahkan segala urusan pendaftaran ini dan tidak renyah seperti urusan di Selangor dan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...