Full Width CSS

DAP Mahu Kit Siang Habiskan Sisa Hidup Sebagai Perdana Menteri #DAPRasuah #KekalNajib


Tak sampai beberapa hari Top Dog Pakatan Tun M berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak akan menuntut jawatan Perdana Menteri (PM), dua pemimpin DAP sudah tampil memberi sokongan kepada pemimpin rasis itu.

Zaid Ibrahim dan P Ramasamy dengan megah memberitahu rakyat Malaysia bahawa Kit Siang adalah pemimpin yang sesuai untuk memegang tampuk pimpinan negara. Sokongan terbuka ini adalah bukti bahawa DAP ketua sebenar Pakatan walaupun tidak memegang jawatan utama.
Kenyataan Zaid dan Ramasamy tentunya mengejutkan pemimpin PPBM, PKR dan PAN yang sedang menghadapi krisis kepimipnan dalaman. Selama ini pemimpin dan penyokong Melayu Pakatan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa hasrat DAP memegang jawatan PM dalam negara ini.

Sebelum ini Ketua Penerangan Umno Annuar Musa telah beri amaran tentang modus operandi DAP yang mempergunakan pemimpin Melayu untuk memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu sendiri bagi meneruskan agenda “Malaysian Malaysia” yang tidak menyokong roh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Post a Comment

0 Comments