Monday, November 6, 2017

Ego Guan Eng & DAP Punca Banjir Di Pulau Pinang #Pray4Penang


Sudah dua penggal kerajaan DAP mentadbir Pulau Pinang, masalah yang sama berulang lagi, iaitu banjir. Berulang buat kali ke 120. Kali ini yang paling teruk sekali.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sampai menangis nangis meminta bantuan dari kerajaan Barisan Nasional (BN) di waktu malam. Kerajaan BN Pusat tetap membantu. Tidak pilih kasih dan tidak pinggirkan rakyat Pulau Pinang biarpun diperintah oleh parti berlainan.
Dulu masa negeri Kelantan banjir, bukan main lagi Guan Eng menyalahkan PAS di negeri itu.

“Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana 100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang. Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah,” kat Guan Eng pada 9 Februari 2017.

Kali ini bila bencana banjir melanda Pulau Pinang, Guan Eng harus tampil akui kesilapan dan kelemahan dirinya. Bukan sekadar mengaku gagal menguruskan sistem peparitan, tetapi mengakui sepenuhnya apa yang telah berlaku di Penang.

Negeri Kelantan pun datang hulur bantuan dan duit lagi RM50,000 kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. DAP sahaja yang masih ego. Enggan mengaku silap dan terima kasih kepada kerajaan BN dan pihak pihak lain yang datang membantu.

Pembangunan lereng bukit yang dibuat secara sesuka hati, laut yang ditambak tanpa perancangan, projek tebatan banjir yang gagal adalah antara punca kejadian banjir.

Tanah runtuh ragut nyawa 11 orang. Kilang haram di Sungai Lembu korbankan 7 orang. Banjir semalam 7 orang mangsa meninggal dunia, termasuklah warga emas.

Dalam pembentangan bajet, bukan main lagi Guan Eng umum hendak buat berbagai bagai projek di Penang. Tidak perlulah buat Kompleks Sukan sampai RM100 juta Pulau Jerjak, uruskan sistem parit dan banjir di Penang dulu. Itu lebih utama.

Dalam bajet 2018 Pulau Pinang, pejabat Guan Eng dan Pejabat Setiausaha Kerajaan disediakan peruntukan paling tinggi iaitu RM420.95 juta, untuk apa?

Bila banjir berlaku, kenapa Guan Eng tidak guna peruntukan itu? Baru dua hari lepas bentang bajet, takkan sudah habis peruntukan? Upahlah anggota sukarelawan yang pakai baju unggu itu.

Guan Eng hendak simpan buat apa duit berjuta juta itu kalau tidak guna untuk bantu rakyat?

DAP tidak perlu berlakon lagi hendak kutip derma dan tabung menggunakan akaun parti mereka. Entah entah hilang ke mana duit itu nanti.

Pada 15 Disember 2013, Guan Eng kata dalam Malaysiakini, dia akan menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam satu penggal sahaja jika diberi peluang tadbir Putrajaya.

4 November 2017, semua rakyat melihat sendiri bagaimana keupayaan Guan Eng kendalikan masalah banjir di Pulau Pinang. Memang wajarlah ada ahli parlimen DAP kena maki. Memang wajarlah ada pakcik naik motor memaki Guan Eng dan DAP

Guan Eng kena mengakulah. Usah terlalu ego. Dari meminta geng Red Bean Army menyebar cerita palsu mengenai kononnya gas masak hendak naik, sebar cerita palsu bodyguard ditarik balik, kutuk Datuk Seri Najib kerana ucapan di MCA, lebih baik Red Bean Army ini pergi tolong mangsa banjir di Penang.

Orang yang mereka kutuk dan kecam dengan berbagai gelaran itulah yang datang membantu bila banjir di Penang. Jangan ego sangatlah Guan Eng dan Kit Siang. Akuilah kegagalan anda.

Uruskan parit pun gagal, ada hati hendak tawan Johor dan Putrajaya. Berapa ramai yang perlu mati baru Guan Eng & DAP hendak sedar diri?



Tulisan :
Beruang Biru
BB647, Isnin
6 November 2017

1 comment:

  1. Fenomena Fujiwara punca banjir di Pulau Pinang

    KUALA LUMPUR: Fenomena Fujiwara iaitu dua taufan berbeza melanda kawasan berdekatan dikenal pasti sebagai punca hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

    Pakar Oceonagrafi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata dua taufan tersebut adalah taufan Damrey yang melanda Vietnam dan taufan yang lebih kecil di Teluk Siam.

    “Taufan yang kecil ini yang menghasilkan angin kencang di Pulau Pinang pada Sabtu. Seperti yang boleh kita perhatikan dalam laman web cuaca dunia sepertinullschool.com, taufan kecil ini sudah pun beralih ke Teluk Siam semula selepas melalui Pulau Pinang. Malah ia sedang menguat,” katanya.

    Azizan berkata taufan Damrey kini sudah telah menghilang namun taufan kecil di Teluk Siam masih berada di sana pada kelajuan hampir 54 kilometer pada petang Selasa.

    Tambahnya di Sarawak juga, sebuah vorteks kecil dapat dilihat yang akan membawa hujan lebat di negeri itu.

    Jelasnya, kewujudan dua taufan pada masa yang sama ini menyebabkan fenomena cuaca yang dipanggil Fujiwara berlaku.

    “Ini sangat menarik buat pakar meteorologi kerana fenomena ini sangat jarang berlaku dan dapat dikesan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...