Sunday, November 19, 2017

Husam Musa Akui Anaknya Ditahan Miliki 200 Biji Pil Kuda? #Negaraku


Anak kepada pemimpin Amanah Pakatan Harapan Haranap, Husam Musa ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda. Berusia 29 tahun, ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.

Penahanan disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman.

Ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira jam 3.30 petang.

Direman 4 hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya.



1 comment:

  1. Kesian anak Husam Musa, terpaksa berusaha sendiri untuk cari duit, tak macam anak-anak Najib dan Hadi Awang, boleh hidup mewah, tak payah meniaga pel kuda. Nak salahkan Husamkah........ya, dia gterlalu sibuk dengan politik, takda masa nak kawal anak.
    Anak yang jual pel kuda ni pun bukan kecik, dah 29 tahun.
    Sendiri buat, sendiri tanggong.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...