Monday, November 27, 2017

Ini Maksud Sebenar Slow Learner Seperti Diucapkan Ku Nan #Negaraku #UiTM


Meriah betul Facebook hari ini, dek kerana viral video dari Malaysia Kini dengan ucapan DS Tengku Adnan berhubung slow learner di ITM atau UiTM. Ada yang membentak dalam hati dan tak kurang juga yang mengamuk sakan di Facebook dan menjelaskan bahawa mereka adalah kalangan bukan slow learner ataupun dalam istilah lain bermaksud budak lambat pick up nak belajar.

Meh kita cuba faham sikit apa sebenarnya yang Tengku Adnan ingin sampaikan.

Maksud Tengku Adnan dalam ucapan beliau ialah, anak Melayu perlu sedar bahawa peluang pendidikan kepada mereka masih lagi disediakan dan diberikan oleh kerajaan Persekutuan meskipun mereka ini mendapat keputusan yang kurang cemerlang, itu maksud kepada mereka yang slow learner.

Bukan menghina pelajar UITM sebagai slow learner sepertimana yang di putar belitkan oleh mereka yang ada kepentingan politik. Tengku Adnan sebenarnya nak menemplak sesetengah pihak yang merasakan UiTM ni kononnya tak keluarkan produk yang bagus dan baik. Slow learner tu bukan semua, kalau kau rasa kau bukan slow learner, it's fine lah. Kalau kau dah berjaya hari ni, that's should be ok. No need marah-marah dengan speech Tengku Adnan.

Kepada pelajar² UiTM yang mengamuk sakan tu pula, cuba tengok keputusan SPM kau.

Adakah ianya membolehkan korang masuk ke Universiti atau IPTA lain selain dari UiTM? Mungkin ada yang malu untuk mengaku, tapi takpela. Yang penting kerajaan masih bagi peluang kepada kita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih baik. Kita tak nafikan juga, ada yang mendapat results terbaik dalam SPM tapi terpaksa belajar di UiTM kerana kurang kemampuan nak tampung kos yuran yang tinggi di pusat pengajian tinggi yang lain tapi itu cerita lain pula.

Kepada netizen semua, bagi aku tak kisahlah korang belajar kat dalam negara atau ke luar negara, tapi yang penting korang berpelajaran. Itulah harapan ibu bapa kita semua pun. 

Menjadi slow learner hari ini tak semestinya akan begitu selamanya, jika diasah dengan baik kita akan menjadi hebat. Practice makes perfect. Ambil positif jelah, takyah pening². Don't worry, be happy.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...