Thursday, November 23, 2017

Masa Depan & Impian Negara Maju Malaysia Di Ekspo Negaraku 2017 #EkspoNegaraku


Pameran infrastruktur berskala besar Ekspo Negaraku 2017 yang sedang berlansung selama sebulan yang akan berakhir pada 15 Disember depan di Dataran Merdeka telah mengamit ramai pengunjung dari seluruh negara.

Ekspo interaktif julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri itu dibuka secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Sejak dibuka kehadiran pengunjung sudah mencecah lebih 500,000 orang.

Ekspo Negaraku 2017 adalah sebahagian daripada pengisian ke arah memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

Ekspo itu membawa kelainan apabila lebih 60 peratus Dataran Merdeka didirikan lima kubah yang menghubungkan pintu masuk utama, memperlihatkan prasarana yang dibina khas untuk ekspo infrastruktur berkenaan.


Realiti maya juga disediakan untuk pengunjung merasai pengalaman interaktif.




Pancaran video interaktif dalam kubah separa sfera ini boleh dilihat seluas 360 darjah.


Pengunjung berpeluang merasai pengalaman mengendalikan simulasi keretapi laju ECRL.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...