Tuesday, December 12, 2017

Akhirnya Sotong Akui Maklumat Diterima Tidak Benar #Negaraku


"Saya sudah memeriksa dan mengesahkan yang ia bukan abangnya - maklumat itu tidak betul," - Rafizi.

Rafizi Ramli Naib Presiden PKR akhirnya mengaku memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan selepas sidang medianya mengenai abang kepada menteri yang didedahkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rahman Dahlan dalam sidang medianya jam 5.00 petang di Tapak Expo NegaraKu bersama Raslan Dahlan akan menyaman Rafizi Ramli berhubung fitnah terbaru Rafizi Ramli itu.

"Saya sudah memeriksa dan mengesahkan yang ia bukan abangnya - maklumat itu tidak betul," kata Rafizi.

Beliau terdahulu mendakwa EPU, sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri di bawah Rahman, memberikan kontrak bernilai jutaan ringit menganjurkan expo kepada sebuah syarikat pengurusan acara, Pico Intergrated Exhibits (M) Sdn Bhd, yang mana ketua pegawai eksekutifnya Rasan Dahlan didakwa adalah abang kepada Rahman.

Malu dengan fitnah dan kesilapan itu Rafizi berkata dia tak akan berhenti untuk mendedahkan mengenai Expo NegaraKu ini.

"Saya akan terus menyiasat kerana walaupuan tiada kaitan dengan abangnya, terdapat banyak isu yang perlu beliau jawab terutama dari segi kos projek Expo selama sebulan" kata ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi juga tidak kisah disaman oleh Rahman Dahlan demi mempertahankan ego dan tindakannya yang terkenal dengan siri kisah pendedahan.

Rahman Dahlan wajar menyaman Rafizi Ramli lebih RM100 juta bagi mengajar Ahli Parlimen Pandan itu. Pelbagai pihak berharap Rahman tidak lagi berunding dengan Rafizi melainkan terus menggunakan tindakan undang-undang demi menjaga maruah pemimpin Barisan Nasional.

Sumber : sabahkini2

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...