Full Width CSS

Sultan Selangor Gesa Rakyat Hargai Fasiliti Pengangkutan Awam #RapidKL #Negaraku


Hari ini (16 Disember) kami diberi peluang mengikuti dan mengiringi rombongan DiRaja Selangor menaiki pengangkutan awam LRT, MRT & Monorail RapidKL di sekitar Lembah Klang.

Secara keseluruhannya DYMM Sultan Selangor & Tengku Permaisuri serta rombongan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kemudahan begitu moden dan canggih, rakyat jaga kebersihan fasiliti dan menggunakan sebaik mungkin.


Berikut titah DYMM Sultan Selangor ;

“Beta berharap rakyat jelata akan terus menggunakan pengangkutan awam MRT dan LRT ini dengan berhemah dan sentiasa menjaga kebersihan serta jangan membuang sampah merata-rata di kawasan stesen dan juga di dalam tren. 
Beta dapat lihat perkhidmatan MRT dan LRT yang dibina oleh kerajaan ini sebagai satu usaha yang sangat baik dan membanggakan.  
Beta sendiri merasai keselesaan ketika menaikinya dan kagum dengan teknologi dan sistem yang digunapakai. Justeru, rakyat haruslah menghargai dan tidak melakukan vandalisme atau kerosakan kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan. Semoga perkhidmatan pengangkutan awan yang efisyen sebegini akan terus memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.”

Untuk info, semalam 15 Disember 2017 genap setahun perkhidmatan MRT dibuka untuk orang ramai dan telah mencapai angka 20 juta jumlah penumpang / pengguna.


Sambutan baik dari penumpang dan pertumbuhan peningkatan yang positif dapat dilihat. Dalam bab ini, boleh dikatakan government right in spending on public transport. Usaha dan inisiatif yang baik dalam mentransformasikan pengangkutan awam.

Dalam masa yang sama #Prasarana tidak mudah berpuas hati dengan perkhidmatan mereka berikan dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki mutu kualiti servis dan mendengar to the needs of the public.


#Negaraku
#BetterNation

Post a Comment

0 Comments