Full Width CSS

#UMNO Wajar Manfaat Media Sosial Untuk Menang #PRU14 #PAU2017


TPM, Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO bermasalah jika masih menggunakan kaedah konvensional seperti ceramah politik yang tidak lagi popular.
"Kita perlu guna pendekatan media sosial yang tak perlu kehadiran ramai tapi mesej sampai kepada khalayak lebih menyeluruh dan berkesan.

"Kalau kita terus kaedah lama secara berulang-ulang, lama-lama rakyat akan 'muntah'," katanya ketika merasmikan Konvensyen Penerangan dan Media UMNO sempena PAU 2017. Zahid turut melancarkan buku Perjuangan4All.

Zahid berkata kaedah menjawab tuduhan pembangkang yang boleh ditonton secara live menerusi telefon bimbit antara strategi berkesan yang boleh digunakan pemimpin UMNO.

Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO mengulangi parti sudah bersedia berdepan PRU14.

Dia turut memuji Penerangan UMNO diketuai Annuar Musa yang melaksanakan tugas secara efektif dalam menerang dan menjawab isu-isu semasa.

Post a Comment

0 Comments