Full Width CSS

Veteran UMNO Desak Letakkan Calon UMNO Di Bandar Tun Razak Untuk Sumbang Kerusi Pada Barisan Nasional #WilayahDihatiku


Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak mampu dirampas daripada tangan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekiranya meletakkan calon UMNO di kawasan tersebut.

Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mohd. Alias Abdul berkata, langkah itu perlu diambil berikutan kuasa pengundi Melayu meliputi 58.7 pe­ratus daripada 86,602 pe­ngundi di Parlimen tersebut yang mahu pe­mimpin tempatan khususnya dalam kalangan orang Melayu.
“Pada PRU-12 dan PRU-13, kita kehilangan kerusi ini kepada PKR berikutan keputusan pucuk ke­pimpinan meletakkan calon MCA melawan calon PKR yang merupakan orang Melayu.

“Penerimaan orang Melayu terhadap calon yang bertanding di kawasan ini menjadi penentu kepada PRU-14 yang digelar sebagai bapa kepada segala PRU. Sudah semestinya kita perlu menilai isu ini secara serius demi kelangsungan parti,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Belia Antarabangsa di sini kelmarin.

Yang turut hadir Timbalan Pre­sidennya, Md. Hasbullah Mohd. dan ahli jawatankuasa kelab itu.

Mohd. Alias berkata, pihaknya mengenal pasti calon sesuai untuk bertanding bagi merebut kembali kerusi itu dan yakin kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14.

Menurutnya, pihaknya akan menyuarakan cadangan tersebut secara rasmi kepada Badan Perhubungan UMNO dalam masa terdekat bagi merealisasikan hasrat pengundi di kawasan Parlimen tersebut.

“Kita prihatin dengan sema­ngat dan komitmen ahli parti yang setia menantikan wakil rakyat daripada UMNO untuk memenangi kerusi di kawasan ber­kenaan.

“Veteran UMNO juga bersimpati terhadap nasib orang Melayu yang semakin terhimpit dengan tekanan ekonomi di kawasan bandar terutama selepas PKR memenangi Parlimen Bandar Tun Razak,” katanya.

Post a Comment

0 Comments