Monday, April 16, 2018

Mahathir Sanggup Risiko Diri Panjat Tangga Demi Mengejar Kuasa Belum Pasti #TolakPH


Baru baru ini tersebar gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad sedang memanjat tangga untuk menaiki pentas bagi menyampaikan ucapan (seperti gambar di atas).

Bagi penyokong yang memujanya, mereka menganggap Mahathir penuh bersemangat dan sanggup bersusah payah walaupun sudah tua. Bersemangat apanya, lepas "rabat" tangga, terus terlena atas pentas.

Saturday, April 14, 2018

Propaganda Palsu Beri Persepsi Negatif Hubungan Malaysia & China #TolakPH #JomBN


Semakin hampir kita dengan pilihanraya umum yang ke-14 (PRU-14), semakin banyak propaganda disebarkan oleh pembangkang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Kisah Barisan Nasional (BN) menjual kedaulatan negara kepada China kini tersebar semula di media sosial.

Propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenarnya tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada BN.

Friday, April 13, 2018

Bloomberg Ramal Masa Depan Negara Lebih Baik Jika BN Menang Tapi Part Mahathir Nak Kaji Balik Hubungan Dengan China Tu Memang Tragik #JomBN #HebatkanNegaraku


Walaupun peniaga terus menerus menekan ketua pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, laman web perniagaan dan pasaran yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Bloomberg, meramalkan bahawa gabungan pemerintah akan meneruskan pentadbirannya untuk lima tahun akan datang – merujuk kepada pertumbuhan ekonomi.

Tahun lepas, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus dan menerusi analisis data, Bloomberg mencatatkan kisah bagaimana negara kini dilihat sebagai pertumbuhan terbaik di kalangan pasaran Asia Tenggara yang baru muncul, juga menerangkan peningkatan jumlah pelabur - kerana mereka sukakan kesinambungan.

Wednesday, April 11, 2018

Ini Sebabnya Mengapa Malaysia Terima Kontraktor China Bangunkan ECRL. Sebab Ke 4 Tu Awesome


Petikan ucapan Perdana Menteri DS Najib Razak semasa Majlis Pecah Tanah East Coast Rail Line (ECRL) di Bandar Baharu Tunjong, hari ini.

Kenapa kerajaan pilih kontraktor dari negara China untuk membangunkan projek ECRL ini.

EXPO Pemuda 2018 Tawar Pelbagai Skim & Insentif Selain Peluang Pekerjaan #DahulukanRakyat #SoulJer #GE14 #HebatkanNegaraku


EXPO PEMUDA 2018 adalah bertujuan untuk membantu orang ramai khususnya anak muda mencari peluang pekerjaan, tawaran skim serta penganjuran program dan insentif yang ditawarkan. Terdapat pelbagai pameran yang memfokuskan kepada perumahan, kerjaya, kemahiran, pembiayaan dan skim insentif yang wajar direbut oleh semua warganegara Malaysia.

Inilah 6 Petanda Bukan Melayu Bakal Menguasai Pakatan #TolakPH #JomBN


Awas! Malaysia bakal diperintah oleh bukan Melayu sekiranya Pakatan menguasai Malaysia. Lihat sahaja parti politik Melayu dalam Pakatan. Walaupun ada tiga, tapi tetap didominasi DAP. Buktinya, kalau ikut peruntukan kerusi parlimen, DAP paling banyak.

MuatTurun Manifesto Jaminan Orang Muda #BarisanNasional #JomBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku


Jaminan Orang Muda - manifesto khas untuk Orang Muda Malaysia kini sedia dimuat turun di pautan https://www.barisannasional.org.my/manifesto/jaminan-orang-muda. Ia juga boleh didapati di FB PPUM Online.

Muat turun manifesto anda ini dan bacalah serta hayatinya.
Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda!

SPR Dituduh Sebagai Alat UMNO / Barisan Nasional #SembangGajahPunBolehTerbang #TolakPH #JomBN


Budak² macai ni merungut kata fasal apa SPR pilih tarikh 9 Mei, hari bekerja. Pastu disalahkan pada UMNO / Barisan Nasional.

Monday, April 9, 2018

Hishammuddin Hussein Jawab Pertanyaan Rafidah Aziz #HebatkanNegaraku


3 perkara utama yang boleh saya boleh menjawab jawapan secara langsung terhadap dakwaan TS Rafidah Aziz seperti berikut :-

Wednesday, April 4, 2018

Intipati Amanat Perdana Menteri Pada #MAPPA Kali Ke - 16 #BetterNation


INTIPATI AMANAT PM PADA MAPPA KALI KE - 16

1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

Monday, April 2, 2018

Akta Berita Palsu Elak Huru Hara - Ismail Sabri

Pencapaian Awesome DAP Pulau Pinang Sepanjang 10 Menurut Guan Eng #TolakPH #DAPRasuah


Bayangkan, kamu merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang bergelut dan menanggung pelbagai jenis hutang bernilai RM700,000.

Bagaimanapun, kamu mempunyai sebuah rumah yang sedang diduduki yang bernilai RM655,000.

Kamu sangat beruntung, kamu mempunyai seorang bapa saudara yang menyayangi kamu dan mahu membantu kamu melangsaikan hutang tersebut.

Friday, March 30, 2018

Mursyidul Am PAS Gesa Madey Segera Dekatkan Diri Pada Allah


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya bertaubat dan kembali ke jalan Allah selepas melakukan pelbagai kesilapan yang menyinggung perasaan ramai pihak selama ini.

Utusan Malaysia, dalam laporannya memetik Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin sebagai berkata, zaman Tun Dr. Mahathir sudah lama berlalu dan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu sepatutnya sedar mengenainya dan tidak perlu lagi mengejar jawatan Perdana Menteri.

Zahid Ingatkan Rakyat Tolak Calon Nomad #BetterNation


Rakyat harus menolak calon nomad sebaliknya pilihlah calon yang komited memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cukuplah kesan-kesan negatif yang ditinggalkan calon-calon nomad ini yang hanya datang lima tahun sekali ke sesuatu kawasan pilihan raya itu.

Ke Mana Perginya Hasil Cukai?


Madey Celaru Dakwa Penipuan Undi Pos


Tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) adalah tuduhan tidak logik yang sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Cerita rekaan daripada calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu juga membingungkan kerana elemen undi pos adalah sebahagian daripada sistem pilihan raya sepanjang 22 tahun beliau berkuasa sebelum ini.

Thursday, March 29, 2018

Strategi DAP Tawan Johor #BetterNation #KN


LANGKAH bersungguh-sungguh DAP untuk menawan lebih ba­nyak kerusi di Johor turut diulas akhbar Sin Chew Daily bertarikh 20 Mac 2018.

Artikel bertajuk Beradu nasib yang terakhir buat Lim Kit Siang yang ditulis oleh Lim Swee Guan disiarkan dalam ruangan Pendapat Yanlu halaman 17.

Pada PRU-14, DAP sekali lagi meletakkan sasaran untuk ‘menakluk’ Johor dengan mengerahkan lebih ramai pemimpin kanan parti itu untuk bertanding di ­negeri berkenaan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Diperintah Bela Diri Pertuduhan Beri Pernyataan Palsu


Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah untuk membela diri atas enam pertuduhan memberi pernyataan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Februari tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian terhadap Adam Rosly, 31, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes pendakwaan.

Friday, March 16, 2018

PU Sendayan, Pusat Latihan Profesional TUDM Terbesar Di Malaysia #BetterNation #NegarakuMalaysia


Akhirnya tertutup mulut dan terbeliak mata puak² yang selama merasakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini, dianggap sebagai hal yang tidak menguntungkan rakyat. Ditambah lagi apabila perkara melibatkan badan kerajaan dan beruniform ini dijadikan bahan dan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh, isu melibatkan perpindahan keluar aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara (PU) Sg. Besi yang ditutup untuk dibangunkan Bandar Malaysia kelak dikatakan tidak ada gantiannya. Perkara ini bila digembar-gemburkan, ianya dianggap sebagai benar dan bakal memberi persepsi negatif kepada rakyat.

Exco FAM Rayu TMJ Jangan Tinggalkan FAM Hihi


Beberapa Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merayu supaya Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak meninggalkan badan induk itu.

Tunku Ismail mengejutkan kancah bola sepak negara malam tadi apabila mengumumkan meletak jawatan susulan kritikan di laman media sosial sejurus ranking skuad kebangsaan menjunam ke tangga 178 dunia.

PM Rasmikan Pangkalan Udara Terbesar Di Malaysia #TUDM #BetterNation #NegarakuMalaysia


Akhirnya tertutup mulut dan terbeliak mata puak² yang selama merasakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini, dianggap sebagai hal yang tidak menguntungkan rakyat. Ditambah lagi apabila perkara melibatkan badan kerajaan dan beruniform ini dijadikan bahan dan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh, isu melibatkan perpindahan keluar aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara (PU) Sg. Besi yang ditutup untuk dibangunkan Bandar Malaysia kelak dikatakan tidak ada gantiannya. Perkara ini bila digembar-gemburkan, ianya dianggap sebagai benar dan bakal memberi persepsi negatif kepada rakyat.

Thursday, March 8, 2018

Press Statement From MKD Signature Sdn Bhd - TRX Tower #BetterNation


1. The Minister of Finance Incorporated (MOF Inc.) wishes to confirm that it has agreed with The Mulia Group to jointly develop the Exchange 106 tower at TRX (“TRX Tower) which construction is expected to be completed by the second half of 2018. The MOF Inc, via its wholly owned subsidiary, MKD Signature Sdn Bhd (“MKD”) took over 51% of the shareholding in Mulia Property Development Sdn Bhd in July 2017.

2. Mulia Property Development Sdn Bhd (“Mulia”) , a company incorporated in Malaysia has a paid up share capital of RM500,000.00 and it is jointly owned by The Mulia Group (49%) and MKD (51%) . The cost of the development of the TRX Tower will be borne by the two shareholders based on their respective proportions of shareholding in the JV based on the original cost of the development.

Friday, March 2, 2018

PKR & DAP Naikkan Cukai Negeri Untuk Tampung Kerja Politik - Isham Jalil


Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata kenaikan cukai rumah dan hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah untuk menampung perbelanjaan politik ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut.

Isham berkata, "Mengikut data kes SPRM, terdapat peningkatan kes-kes rasuah di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakangan ini sejajar dengan peningkatan mendadak hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan negeri."

Thursday, March 1, 2018

Empangan Tasik Chini : Mahathir Yang Bina, Mahathir Sendiri Janji Hendak Roboh


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir membuat satu janji yang tidak berapa cerdik di depan orang asli di Tasik Chini Pekan, Pahang apabila berjanji merobohkan satu perkara yang beliau sendiri lakukan ketika zaman pentadbirannya.

Barangkali Mahathir sendiri sudah terlupa apa yang dia buat dahulu. Empangan itu dibina pada tahun 1996, katanya untuk tujuan pelancongan, ketika zaman Mahathir sendiri.

Wednesday, February 28, 2018

Suspek Kes Cabul Dalam LRT Berjaya Ditangkap #RapidKL


Seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di dalam LRT telah berjaya ditangkap oleh anggota unit tindakan khas (SAT) Polis Bantuan Prasarana pada petang Sabtu lepas.

Suspek berjaya dikesan di Stesen Monorel Imbi sekitar jam 1.35 petang Sabtu ketika sedang keluar daripada tren. Anggota SAT yang sedang menjalankan rondaan dengan berpakaian preman telah terserempak dan seterusnya menahan suspek.

Tuesday, February 27, 2018

#PRU14 : Orang Muda Pilih Siapa?


Seramai lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-14, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Angka pengundi kali pertama itu meliputi kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan pengundi di Malaysia.

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah boleh menjangka bagaimana pengundi-pengundi yang berpengalaman mengundi akan memilih.

Monday, February 26, 2018

Terima Kasih PM @NajibRazak Teruskan BR1M Buat Rakyat Malaysia - Razlan Rafii


Kenyataan Media
Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Barisan Nasional
Wilayah Persekutuan


1. Hari ini agihan pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dimasukkan ke dalam akaun bank rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan. Umum ketahui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi BR1M kepada semua yang layak, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Malah, mereka yang telah menerima bantuan kebajikan sedia ada juga diberi bantuan BR1M.

2. Lebih membanggakan lagi adalah sikap konsisten kerajaan BN dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah membelanjakan secara keseluruhannya, dari tahun 2012 sehingga 2017, sebanyak RM25.62 billion kepada penerima BR1M.

Pada tahun 2018 pula, dijangka lebih 7.2 juta penerima akan menerima manfaat BR1M dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

Tuesday, February 20, 2018

Suara Sumbang Yang Tak Menyumbang Apa Pun Di Parlimen Bandar Tun Razak


Setiap kali saya membuat posting atau share berkaitan cadangan supaya kerusi Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Bandar Tun Razak diberikan kepada UMNO Bandar Tun Razak pasti ada yang suka dan tidak kurang ramai yang merasa tidak selesa.

Yang pasti, akan ada PENGKRITIK TETAP yang wujud di alam nyata atau yang berbayar di alam maya untuk terus menggagalkan usaha ini .

Pembedahan Katarak Di MAIWP Serendah RM108 Jer #NegarakuMalaysia #KekalNajib



Semalam Perdana Menteri DS Najib Razak menyinggah di Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Dengan dana zakat sebanyak RM9.8 juta, pusat ini dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan canggih dan terkini.

Monday, February 19, 2018

Subsidi Kepada Rakyat Terus Diperuntukan - Najib Razak #NegarakuMalaysia


Pelbagai subsidi disediakan kerajaan merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dalam mendengar segala keperluan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan subsidi meliputi pelbagai sektor seperti barangan, elektrik, tol, kesihatan, pendidikan, perumahan disediakan semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

Kereta Kabel Bermasalah, Lebih 1,000 Terkandas Di Gunung Mat Chincang Terkandas #Langkawi


Lebih 1, 100 pengguna termasuk kakitangan SkyCab di Gunung Mat Chincang, Langkawi yang terkandas lebih enam jam berjaya diselamatkan selepas kerosakan sistem pengendalian berjaya dibaiki sepenuhnya.

Difahamkan terdapat 88 penumpang terperangkap dalam gondola manakala 210 penumpang serta 36 kakitangan terkandas di stesen tengah.

Gambar & Detik Paling Bermakna Buat Anak Kecil Ini #NegarakuMalaysia


Wednesday, February 14, 2018

14 Februari 1942 Anak Melayu Mati Tergantung Di Atas Puncak Bukit Chandu, Singapura


Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Tuesday, February 13, 2018

[Video] Percikan Api Sambar Ployfoam Punca Kebarakan Cepat Marak Di Bangunan KWSP


Kebakaran di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu 'polyfoam' yang mudah terbakar.

"Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-mana pihak.

Monday, February 12, 2018

Fokus Aspek Keselamatan Penunggang Motosikal - Aziz Kaprawi


Kempen Keselamatan Jalan Raya Kerajaan 2018 akan memfokuskan kepada aspek pemanduan selamat penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan golongan tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, pemfokusan itu dilakukan selepas 64.51 peratus daripada 6,740 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lepas melibatkan penunggang motosikal.

Johor Bahru - Singapore Rapid Transit System Link #Prasarana


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) and SMRT Corporation Ltd (SMRT) have accepted a Letter of Offer jointly issued by Malaysia’s Prime Minister’s Department (PMD) and Singapore’s Land Transport Authority (LTA) for the two companies to form a joint venture company (JV Co) to operate the Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System Link (RTS Link). The JV Co will design, build, finance, operate, maintain and renew the RTS Link operating assets such as trains, tracks and systems.

2 The exchange of letters follows the signing of the RTS Link Bilateral Agreement between the Government of the Republic of Singapore and the Government of Malaysia at the 8th Singapore-Malaysia Leaders’ Retreat on 16 January 2018, as well as the earlier signing of a Memorandum of Understanding (MOU) between Prasarana and SMRT in September 2017.

Saturday, February 10, 2018

Kerajaan Tak Berjanji Tapi Terus Turunkan Kadar Harga Tol Di Link Kedua #KekalNajib #BetterNation


Kerajaan bersetuju me­ngurangkan kadar levi dan tol di laluan kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) berkuat kuasa 13 Februari ini yang dijangka dapat mengurangkan ken­deraan komersial di Tambak Johor sebanyak 40 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengurangan bayaran itu diyakini ber­upaya memberi impak positif dan kelebihan selain membantu me­ngukuhkan ekonomi Malaysia.

Thursday, February 8, 2018

Respon Jabatan Perdana Menteri Berhubung Laporan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)


1. Pasukan firma audit luar yang dilantik untuk melakukan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) telah menyerahkan laporan akhir kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2 Februari 2018. KLVC ialah projek yang sedang dibangunkan oleh Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di atas tanah milik FELDA.

2. JPM telah meneliti laporan audit tersebut dan bersetuju serta menerima laporan itu. Secara keseluruhannya, laporan audit tersebut telah memenuhi objektif pengauditan yang ditetapkan dan Kerajaan berpuas hati dengan laporan pasukan audit.

Tuesday, February 6, 2018

13 Kawasan Di Setiawangsa Akan Dinaiktaraf Bernilai Lebih RM 1.5 Juta #WilayahDihatiku #NegarakuMalaysia #KN


Penduduk di Parlimen Setiawangsa mendapat ‘ole-ole’ istimewa sempena Hari Wilayah Persekutuan 2018 apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan raya di kawasan itu bulan hadapan.

Sebanyak 13 kawasan terlibat meliputi Jalan Rejang (hingga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Rampai) dan Jalan 8/27A (hadapan SMK Seksyen 5 Wangsa Maju).

Monday, February 5, 2018

BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gaduh Sama Sendiri #NegarakuMalaysia


Pada ketika Barisan Nasional (BN) sibuk menjalankan tugas untuk rakyat, parti-parti dalam pembangkang sibuk bergaduh sesama sendiri.

Minggu lepas, bergaduh di Negeri Sembilan sebab agihan kerusi. Dua tiga hari lepas, bergaduh pula di Selangor. Siap gelar badut, penipu dan anjing lagi sesama mereka.

Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terus menjalankan kerja terhadap rakyat. Najib ke Tanjung Malim menaiki ETS, kemudian ke Temerloh pula untuk bersama peneroka Felda.

Fakta² Yang Wajib Dikongsi Mengenai East Coast Rail Link #ECRL


1. Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak seharusnya dilihat sekadar inisiatif meningkatkan taraf pengangkutan awam di luar bandar sebaliknya merupakan pelan jangka panjang yang akan membawa limpahan ekonomi berimpak tinggi secara menyeluruh kepada negara.

Thursday, February 1, 2018

Kereta Thanabalan Hilang, Tolong Carikan !!


PENYERANG skuad B-23 negara, N. Thanabalan, merayu kepada peminat agar membantunya mencari keretanya yang hilang.

Thanabalan menerusi akaun Facebooknya memuat naik sekeping fotonya dengan kereta Proton Iswara -- berwarna biru dengan nombor pendaftaran TQ5198 -- yang dilaporkannya hilang di sekitar Batu Caves, jam 5 pagi semalam.

Semalam, penganut agama Hindu menyambut Hari Thaipusam di Batu Caves.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...