Full Width CSS

DAP Memang Takkan Teragak² Hapuskan Teras Melayu #Negaraku


Kerajaan PKR Selangor yang didominasi DAP didakwa secara halus telah menghapuskan teras Melayu di negeri ini bagi melemahkan kaum ber­kenaan.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mendakwa, DAP sememangnya berhasrat menghapuskan teras Melayu bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.
Katanya, antara langkah awal Kerajaan PKR Selangor yang dikuasai DAP apabila mentadbir negeri ini adalah menutup asrama Yayasan Selangor.

“Mereka tahu asrama itu tiap-tiap tahun beribu-ribu anak Mela­yu keluar dan menjadi golongan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan sebagainya.

“Dahulu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat rumah murah untuk orang Melayu, tetapi kini PKNS buat rumah harga dari ratusan hingga jutaan ringgit. Ini semua secara halus nak singkirkan orang Melayu,” katanya ketika menyuarakan pandangan sebagai ahli panel Diskusi Budayawan Selangor di sini hari ini.

Diskusi yang dikendalikan oleh Timbalan Yang Dipertua Maj­lis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Zainal Mohd. Jais itu turut menampilkan seorang lagi ahli panel iaitu, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi.

Hadir sama Yang Dipertua MKNS, Datuk Abdul Samad Maharudin.

Mengulas lanjut, Muhammad memberitahu, malapetaka pa­ling besar berlaku apabila Kerajaan PKR Selangor melantik wakil rakyat DAP sebagai Exco yang bertanggungjawab untuk portfolio kerajaan tempatan.

“Semasa zaman Barisan Nasional (BN), kita lantik orang Melayu jaga portfolio ini sebab Exco terbabit yang bertanggungjawab menentukan dan memantau pembangunan bandar-bandar di negeri ini.

“Trend dia (DAP) untuk lemahkan orang Melayu manakala kekeliruan serta perpecahan orang Melayu kini DAP ambil peluang untuk ‘cucuk jarum’,” ujarnya.

Tambah beliau, dasar-dasar kerajaan PKR Selangor kini didakwa banyak yang membelakangkan budaya orang Melayu termasuk mentaati titah Sultan Selangor.

Post a Comment

0 Comments