Full Width CSS

FMT Tak Sengaja Letak Tajuk Atau Memang Sengaja Jahat? #NegarakuMalaysia


Di Singapore pun ada strategik bisnes model macam 1MDB iaitu Temasek Holding since 1974. CEO dia bini PM Singapore. Siap ada rugi lagi. Bezanya sana takder rakyat macam beruk yeyeh...kkkkkkkkk😆

Najib akui kegagalan 1MDB dan kesilapan kerajaan - Free Malaysia Today

Tajuk berita seperti di atas lah punca berita palsu tersebar luas.

Di dalam ucapan Invest Malaysia 2018, Najib Razak telah mengulas mengenai 1MDB di mana beliau akui wujud kepincangan dalam soal PENTADBIRAN SYARIKAT.

Rujuk kepada perenggan daripada ucapan PM yang dipetik oleh FMT :

52. Now, I am not going to brush over this issue. There were indeed failings at the company, there were lapses of governance. There was valid cause for concern.

(Full speech : https://www.nst.com.my/…/full-text-speech-pm-najib-invest-m…)

FMT telah 'mix up' dengan istilah governance dengan government di sini.

Dimohon agar pihak FMT perbetulkan tajuk tersebut.

Apabila PM sebut "lack of governance" sebagai punca masalah kewangan 1MDB...beliau sebenarnya jelaskan secara ringkas yang berikut :

1MDB adalah sebuah entiti di bawah Companies Act 1965.

Yang bertanggungjawab mengendalikan 1MDB adalah "board of directors".

Kementerian Kewangan adalah setkadar 'shareholder' di dalam 1MDB.

Mengikut perlembagaan 1MDB, beberapa resolusi 'board of directors' perlu kelulusan daripda Kementerian Kewangan selaku 'shareholder' syarikat.

Di antara resolusi yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah pembayaran 1.3 billion kepada sebuah syarikat palsu iaitu. Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI)

Secara spesifik, PM rujuk kepada pembayaran salah kepada syarikat palsu ini dengan "there were lapses of governance" dalam ucapannya.

Di dalam kes timbang tara antara syarikat dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS Ltd ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London pun isu yang disiasat untuk BUKAN PENYELEWENGAN ATAU SALAH LAKU 1MDB PUN untuk pengetahuan semua. Kes ini berkenaan kesahihan 'anak syarikat' IPIC lah!

Lack of governance menjadi punca 1MDB tertipu dan mengalami masalah 'financial flow'. Kerana isu IPIC dan juga unsur sabotaj inilah, perstrukturan semula 1MDB dijalankan oleh Arul Kanda.

Selepas penstrukturan semula, situasi kewangan 1MDB kembali subur semula.

Maka dengan itu, FMT kaitkan Kerajaan walaupun Kerajaan tidak ada kaitan dengan teks PM pun...Telah 'gagalkan' 1MDB yang tidak mempunyai liabiliti langsung...

Jelas tak sekarang kenapa tajuk FMT adalah tidak betul sama sekali 😏

Post a Comment

1 Comments

  1. FMT hanya hendak menegakkan benang basah dalam isu ucapan DS Najib. 1MDB sudah berjaya dalam proses rasionalisasinya. Tanyalah mana-mana pihak pun bukannya mudah untuk berniaga dengan modal RM1Juta tetapi perlu membuat pelaburan pada angka billion tanpa bantuan kewangan kerajaan melainkan hanya surat sokongan untuk memohon pinjaman. Hakikatnya 1MDB sudah berjaya dan akan terus berjaya yang mana hasilnya akan kembali kepada rakyat itu sendiri kerana 1MDB itu sendiri bukanlah sebuah syarikat kroni tetapi milik kerajaan sepenuhnya.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..