Tuesday, January 2, 2018

Jimat Lebih RM1,000 Selama Setahun?


Besar sebenarnya manfaat hasil daripada penutupan plaza tol Batu 3 dan Sg Rasau di Selangor bermula 1 Januari 2018. Walaupun nilai bayaran hanyalah RM 1.10 dan RM 1.00 tapi besar manfaatnya kepada pengguna tegar yang berulang alik ke tempat kerja saban hari.

Contoh, sekiranya seseorang itu menetap di Klang dan bekerja di Petaling Jaya sebelum ini terpaksa berbelanja seperti catatan di bawah ;

Sehala : RM 2.10
Sehari : RM 4.20
Seminggu (5 hari) : RM 21.00
Sebulan (22 hari) : RM 92.40

Mulai tahun 2018, sebanyak RM92.40 sebulan adalah nilai penjimatan perbelanjaan bulanan dan apa anda boleh buat dengan nilai sebanyak tu?

a. Berkahwin Lagi
b. Beli iPhone X
c. Menabung
d. Tampung Perbelanjaan Dapur Rumah

Pilihan di tangan anda.

Untuk menutup kedua² buah plaza tol di Batu 3 dan Sg. Rasau di Selangor, kerajaan Persekutuan memperuntukan bayaran pampasan sebanyak RM 2.04 bilion dibayar kepada syarikat konsesi lebuhraya.

Tahun Tamat Tol : 2038
Tempoh : 20 tahun
Pampasan Tahunan : RM 102 juta
Pampasan Total : RM 2.04 bilion

Inilah manfaat hasil daripada keikhlasan kerajaan Persekutuan bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan caj yang tidak sepatutnya dikenakan. Sedikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan kan.

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...