Full Width CSS

Kerusi Bandar Tun Razak : MCA Perlu Buktikan Semangat Setiakawan Barisan Nasional


BOLEHKAH MCA BANDAR TUN RAZAK BUKTIKAN SEMANGAT SETIAKAWAN

1. Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini, Kelab Veteran UMNO Bandar Tun Razak (BTR) percaya kepimpinan UMNO BTR dengan semangat yang tinggi telah bersedia menggalas tanggungjawab dan impian penduduk di Bandar Tun Razak yang mahukan mereka diwakili oleh anak tempatan dikalangan bangsa Melayu sendiri.

2. Kami percaya sudah tidak tertanggung jiwa penduduk tempatan yang sungguh kecewa dengan mutu serta kualiti perkhidmatan yang diberi oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilihat gemar 'bermain' di kayangan berbanding menjenguk sendiri nasib rakyat di bawah.
3. Namun cubaan UMNO bagi merealisasikan hasrat dan harapan masyarakat tersebut berkemungkinan besar akan dihalang oleh MCA yang dikatakan konon-nya tuan empunya kerusi di sini bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

4. UMNO tidak memusuhi MCA dan parti keramat ini tidak berminat membuat mana-mana pihak sebagai musuh. Ini dapat dibuktikan dalam dua Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, UMNO bertungkus lumus memastikan kemenangan wakil rakyat dari parti MCA. Malah pada PRU 13, UMNO di sini berusaha sehabis baik berkempen bagi mencapai kemenangan namun nasib tidak menyebelahi BN.

5. Kini sudah tiba masanya Kelab Veteran UMNO BTR menyokong kepimpinan parti ini meminta kerusi calon BN diberikan kepada UMNO. Asasnya adalah sangat mudah kerana UMNO yakin boleh menyumbangkan satu kerusi untuk BN. Hasil gerak kerja oleh UMNO yang berterusan saban tahun menjangkaui lebih seribu program dianjurkan dengan fokus mendekati dan membantu rakyat.

6. Kami turut merasai sendiri denyut nadi rakyat. Menyelami perasaan mereka semasa berada di dalam rumah yang sempit dipenuhi ahli-ahli keluarga dan keperluan dapur yang tidak lengkap. UMNO selalu memastikan penduduk tempatan dipermudahkan melalui proses mendapatkan rawatan dengan menyediakan pengangkutan percuma. Jika nak dihitung dan diwar-warkan, banyak perkara yang UMNO sampaikan kepada semua penduduk tempatan tanpa membandingkan agama dan fahaman politik.

7. Cuma apa yang kami sebagai veteran minta, adakah MCA benar-benar mempunyai semangat setiakawan dan boleh memberi laluan penuh kepada UMNO untuk bertanding di sini memandangkan pecahan kaum bergelar pemilih di sini menunjukkan lebih 54 peratus berbangsa Melayu berbanding kaum Cina hanya lebih 30 peratus.

8. Jika benar MCA ikhlas bersama UMNO dan BN serta mempunyai semangat setiakawan yang tinggi, kami menggesa buatlah ketetapan dengan menyerahkan kerusi 'tradisi' ini untuk UMNO buktikan bahawa kami ahli UMNO tidak cakap kosong.

TIMBALAN PENGERUSI
KELAB VETERAN UMNO BANDAR TUN RAZAK

Post a Comment

0 Comments