Monday, January 29, 2018

Pencipta Logo VMY 2020 Bercadang Mendakwa Para Pengkritiknya


Pencipta logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) akhirnya bersuara setelah mendapat pelbagai reaksi balas daripada pelbagai pihak mengenai logo yang telah dicipta hasil daripada perbincangan dan persetujuan bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz dan pihak Kementerian sendiri.

Rosli Hassan, seorang pereka kanan di kementerian tersebut berkata idea tersebut juga telah dipersetujui oleh jabatan dan juga kementerian berkenaan, tempat beliau bertugas, katanya.
"Sebagai kakitangan kerajaan saya hanya melaksanakan tugasan yang diberi," kata Rosli

Beliau menganggap dirinya sebagai salah seorang pereka bentuk logo utama negara dan bercadang untuk mendakwa pihak yang didakwanya cuba merosakkan nama baiknya.

"Saya rasa tidak wajar saya dipersalahkan dalam isu ini," kata Rosli mengulas tindak balas pengguna laman sosial terhadap logo itu.

Rosli berkata, beliau tidak mendapat apa-apa bayaran dari logo kerana ia dibuat untuk menunaikan tugasnya di jabatan beliau.

Antara hasil tangan utama Rosli sebelum ini adalah mencipta logo dan lambang kapal selam Scorpene Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2008, dan juga logo Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata kementerian itu akan tetap menggunakan logo VMY 2020 walau dicemuh sebagai rekaan yang buruk dan amatur di media sosial.

Katanya logo berkenaan direka untuk menarik kunjungan pelancong asing ke Malaysia – yang disasarkan seramai 36 juta orang untuk tempoh VMY 2020.

“Saya tiada niat untuk tukar. Kami tidak akan reka semula. Ia ditujukan kepada pelancong asing, bukan pelancong tempatan. Semasa saya lancarkan di Chiang Mai, mereka menyukai dan memujinya.

Sumber : Malaysia Insight

1 comment:

  1. memang buruk pun logo tu....macam pelajar baru belajar melukis zaman 60han dulu..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...