Full Width CSS

Pengarah Projek Terowong Dasar Laut Ditangkap #DAPRasuah


Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Penahanan pengarah terbabit susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (KOMTAR), semalam, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi semalam adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Post a Comment

0 Comments