Full Width CSS

Perdana Menteri Beri Jaminan Tiada Kenaikan Kadar GST #NegarakuMalaysia @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditetapkan pada kadar enam peratus.

Perdana Menteri berkata, kadar GST Malaysia yang diperkenalkan sejak 1 April 2015 adalah antara terendah di dunia dengan jumlah barangan serta perkhidmatan terbanyak yang dikecualikan cukai berkenaan.
Beliau berkata, jumlah GST yang berjaya dipungut pada tahun lalu adalah sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion pada 2016.

“Walaupun dalam perbentangan Bajet 2018 lalu, saya umumkan jumlah GST yang dapat dikutip adalah sebanyak RM43.8 bilion pada tahun ini, tetapi mungkin kutipan ini boleh mencecah RM45 bilion.

“Sebuah kerajaan hanya akan menjadi kerajaan yang memenuhi aspirasi rakyat jika ia mempunyai sumber ekonomi yang stabil. Sebab itu kerajaan telah mengambil langkah tepat menerusi GST.

“GST adalah sumber kewangan yang dapat membolehkan kerajaan melaksanakan program untuk rakyat. Apabila kita melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ia melibatkan sebanyak kira-kira RM6 bilion setahun. Ini adalah disebabkan sumber kewangan negara stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-36 Tahun 2018 dengan tema ‘Persekitaran Perniagaan yang Selamat Untuk Pembangunan Ekonomi’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Post a Comment

0 Comments