Full Width CSS

Fakta² Yang Wajib Dikongsi Mengenai East Coast Rail Link #ECRL


1. Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak seharusnya dilihat sekadar inisiatif meningkatkan taraf pengangkutan awam di luar bandar sebaliknya merupakan pelan jangka panjang yang akan membawa limpahan ekonomi berimpak tinggi secara menyeluruh kepada negara.
2. Berikut merupakan fakta pembinaan projek ECRL ;

Memiliki landasan tunggal formasi berkembar sepanjang 688 km yang melibatkan 2 fasa.

Sepanjang 600.3 km - Dari Gombak ke Kota Bharu.

Sepanjang 88 km- Dari Gombak ke Port Klang.

Kos keseluruhan untuk 688 km ialah RM55 bilion.

Pemilik ECRL ini ialah 100% Menteri Kewangan DiPerbadankan. Pinjaman 85% dibiayai dengan pinjaman mudah dari China EXIM Bank.

Dijadualkan siap pada tahun 2024 dan pembayaran habis pinjaman mudah di jangka dalam masa 8 tahun iaitu tahun 2037 (walaupun pinjaman selama 20 tahun).

Cadangan tambang dari Gombak ke Tumpat adalah dengan kadar berpatutan dan akan dikawalselia dan dipantau oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD kerana ia merupakan projek infra-rakyat.

Bagi membolehkan pembayaran balik dalam masa 20 tahun, 70% daripada pengangkutan ini membawa kargo dari pantai Timur terutama dari industri-industri di Kuantan, Pekan, Kertih dan Tok Bali.

ECRL bakal memberi manfaat untuk penduduk Negeri Selangor, KL , Pahang, Trengganu dan Kelantan. Kadar KDNK untuk negeri-negeri pantai timur dijangka naik sebanyak 1.5% dengan pembinaan ECRL.

Perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu akan kurang daripada 4 jam dengan adanya ECRL, berbanding purata 8 jam menggunakan pengangkutan biasa.

3. Kos purata _ECRL_ ialah RM79.9 juta/KM, manakala kos Terowong Dasar Laut Pulau Pinang sepanjang 7.2 KM adalah RM6.3 bilion, iaitu RM75 juta/KM, kos yang sama sekali tidak masuk akal dan membuktikan kos melaksanakan projek di bawah Pakatan adalah jauh lebih mahal daripada yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Top speed ecrl berapa? 434km/sjm betul ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa najib kata pelaburan negara China merah sedangkan,terang2 adalah pinjaman dari negara tersebut!! Kenapa MESTI membina ecrl ini ketika ekonomi negara tidak berapa bagus?

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..