Full Width CSS

RM Mengukuh Tanda Keberjayaan Dasar Ekonomi Kerajaan Barisan Nasional - @AKaprawi


1. Kali terakhir saya melihat kadar pertukaran matawang Ringgit Malaysia berbanding USD adalah pada kadar yang tertinggi sejak April 2016 iaitu pada kadar 3.8853 berbanding USD.

2. Ringgit Malaysia juga mendapat kedudukan pertama antara kesemua matawang Asia yang mengukuh berbanding USD dengan kadar peningkatan 4.14%. Matawang Thailand, Baht pula menduduki kedudukan kedua dengan peningkatan 3.6% manakala matawang Jepun, Yen di kedudukan ketiga dengan 3.36%.

3. Pakar ekonomi Affin Hwang Investment Bank juga memberi komen bahawa pengukuhan Ringgit Malaysia adalah refleksi kepada keadaan ekonomi negara yang bertambah baik.

4. Saya amat bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang membuat keputusan tegas untuk tidak menambat matawang negara seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun 1998/1999.

5. Saya percaya, tindakan untuk menambat matawang memperlihatkan kelemahan negara dalam bertindak secara tuntas terhadap memperbaiki ekonomi negara berikutan krisis penurunan harga minyak pada tahun 2015.

6. Sekiranya penambatan matawang dilakukan, pelabur dan pasaran global akan hilang keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan kebanyakan projek mega yang dirancang oleh Kerajaan tidak mampu untuk dilaksanakan.

7. YAB Perdana Menteri juga telah memaklumkan di dalam Mesyuarat MT UMNO yang terkini bahawa selain ringgit yang mengukuh, kadar pertumbuhan KDNK juga tinggi, Bursa Saham berada di paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, kadar inflasi yang rendah dan terkawal serta kadar pengangguran di sekitar empat peratus.

8. Kesemua indikator ini adalah bukti kepada kejayaan dasar-dasar yang dijalankan Kerajaan Barisan Nasional yang hasilnya dapat dinikmati pada hari ini.

9. Ini sekaligus mewujudkan suasana keyakinan perniagaan dan pengguna yang lebih tinggi mengikut laporan yang telah dibentangkan sebelum ini.

10. Bank Dunia juga memberi laporan bahawa ekonomi Malaysia berkembang daripada kedudukan kukuh dan menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018.

11. Saya bersama-sama rakan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang lain menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasilan mengagumkan.

12. Ini adalah komitmen berterusan dan tidak berbelah bahagi barisan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan negara Malaysia akan terus maju dan menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara.

Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Sri Gading
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading

Post a Comment

0 Comments