Saturday, May 5, 2018

[Video] Manfaat Besar Pemegang & Rakan Dagang Kad Ceria #WilayahDihatiku #JomBN #DahulukanRakyat


Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan.


Keistimewaan Pemegang Kad Ceria
1. Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2. Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3. Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4. Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
5. Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
6. Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
7. Panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan / komen orang ramai tentang barangan / makanan / perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan / murah.

Insentif Rakan Dagang Kad Ceria Oleh DBKL
1. Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Diskaun lesen penjaja 60%
3. Diskaun lesen premis perniagaan :
i. 10% = 1 tahun
ii. 15% = 2 tahun
iii. 20% = 3 tahun
4. Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5. Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6. Promosi kepada perniagaan anda secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7. Pengiktirafan daripada KERAJAAN kepada PERNIAGAAN anda

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...