Monday, June 11, 2018

Khasiat Tomato Yang Wajib Anda Tahu & Boleh Amalkan


Sebagai sumber penting galian, vitamin dan asid kesihatan, tomato (Lycopersicon) adalah salah satu tanaman sayur-sayuran yang paling banyak ditanam di seluruh dunia.

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan tomato dan produk berasaskan tomato membantu untuk mengelakkan pelbagai pembentukan kanser, terutamanya kanser prostat dan penyakit jantung.
Terdapat juga kajian yang mengatakan pengambilan sayur dan buah termasuk tomato penting dalam mencegah kanser dan masalah kardiovaskular.

Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida. Kulit tomato mengandungi kandungan lycopene yang tinggi berbanding isi dan bijinya.

Selain itu, kulit tomato mengandungi asid amino perlu dan biji tomato pula tinggi dengan kandungan mineral dan asid lemak mono tidak tepu. Kulit tomato mengandungi 2.5 kali lebih banyak likopen berbanding isinya. Kulit tomato juga mengandungi sebatian fenolik dan asid askorbik.

Tomato dan produk berasaskan tomato menyumbang lebih daripada 85 peratus jumlah likopen. Tembikai, limau gedang merah jambu, aprikot, jambu merah dan betik juga merupakan sumber yang kaya dengan likopen.

Kandungan lycopene dalam tomato berbeza dengan jenis tomato. Semakin meningkat jumlahnya apabila tomato masak.

Tomato juga kaya dengan sumber seperti serat, vitamin A, vitamin C, dan kajian ke atas likopen menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan tomato yang kaya dengan lycopene mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

Selain likopen, violaxanthin, neoxanthin, lutein, zeaxanthin, a-cryptoxanthin, b-cryptoxanthin, a-karotena, b-karotena, g-karotena, z-karotena, neurosporene, phytoene, phytofluene, cyclolycopene dan b-karotena 5, 6-epoksida adalah karotenoid lain biasanya boleh didapati dalam tomato dan produk-produk berasaskan tomato.

Likopen merupakan karotenoid semulajadi yang hadir dalam tomato. Antara karotinoid, likopen merupakan komponen utama yang terdapat dalam serum. Kandungan lycopene juga boleh ditemui dalam testis, kelenjar adrenal, dan prostat.

Beberapa kajian baru-baru ini mengenai pengkulturan sel, haiwan dan epidemiology telah menunjukkan kesan pengambilan lycopene dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung koronari.

1 comment:

  1. Tomato memang berkhasiat tapi yang lebih penting harganya telah turun dengan drastik sejak di bawah Kerajaan PH.
    Lagipun makan daging tak berapa baik untuk kesihatan tapi yang lebih penting harganya juga telah naik dengan drastik sejak di bawah PH menyebabkan rakyat rasa terbeban yang amat sangat berbanding tahun sebelumnya.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...