Tuesday, January 8, 2019

Lim Kit Siang Ditemui Mati Di Sungai Bidor


Beliau dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bidor ketika melakukan kerja-kerja pemasangan paip di Ladang Sussec, Langkap di sini kelmarin ditemui mati lemas pagi tadi.

Mayat mangsa, Lim Kit Siang, 30, dijumpai oleh sekumpulan nelayan pada pukul 9.55 pagi kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd. Azroisan Wahab berkata, operasi yang memasuki hari ketiga disambung seawal pukul 8 pagi bermula dari Kampung Kloster ke lokasi mangsa terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat selain pencarian menggunakan dua buat bot aluminium.

“Pasukan SAR melakukan pencarian dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya ditemui sekumpulan nelayan kampung tersebut pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya.

Tambah Mohd. Azroisan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 43 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat dalam operasi tersebut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi,” katanya.

Dia ni pun Lim Kit Siang tapi tak mati.

5 comments:

  1. hahaha..



    makhluk jahat Lim Kit Siang di simpan lama2 siiket nak kasi nengok Nobita jatuh tersungkur..baru dia habiiis nyawa

    ReplyDelete
  2. Keadilan dan kebenaran pasti tiba akhirnya. yg baik dibalas baik. yg zalim akan dibalas zalim.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..