Thursday, January 10, 2019

Orang Asli Wakili Barisan Nasional Di #PRKCameronHighlands


Barisan Nasional (BN) menamakan ACP (B) Ramli Mohd Noor sebagai calon mewakili parti ini untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadual diadakan pada 26 Januari ini.

Pemilihan Ramli diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis pada Khamis.
Mohamad berkata BN yakin bekas pesuruhjaya polis yang juga dari golongan Orang Asli itu mampu menarik sokongan komuniti itu.

“Saya yakin Orang Asli akan berikan 100 peratus sokongan,” katanya selepas majlis pengumuman Ramli sebagai calon BN untuk PRK Cameron Highlands.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan BN akan meletakkan calon dari masyarakat Orang Asli pada PRK itu dalam usaha menarik undi Orang Asli dan orang Melayu yang merupakan lebih 50 peratus daripada jumlah 32,048 pengundi di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..