Full Width CSS

#Rasuah ; Pemuda UMNO Desak SPR & SPRM Buat Siasatan Segera Terhadap PH !


Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan segera terhadap perbuatan menyogok pengundi khususnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan tegas dan pantas perlu dikenakan pihak berkuasa kerana tindakan tersebut jelas bertentangan dengan Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 walau atas nama apa sekalipun.


“Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi mendesak agar pihak SPR dan SPRM melakukan penyiasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba melakukan perbuatan menyogok pengundi.

“Jika bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, C. Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) terdahulu boleh dibatalkan statusnya kerana didapati bersalah memberikan suapan kepada pengundi Orang Asli dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, jadi apa bezanya dengan calon DAP-Pakatan Harapan (PH) kali ini,” katanya menerusi hantaran akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung gambar seorang wanita memakai baju merah dengan logo PH mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang memakai baju sama tular dalam media sosial hari ini.


Post a Comment

0 Comments