Full Width CSS

Tangani Rasuah Tapi Merasuah

KUALA LUMPUR 14 Mei – Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, jumlah yang ditawarkan untuk beliau melompat menyertai parti pembangkang sangat besar hingga cukup untuknya “hidup senang-lenang sehingga tiga generasi.”

Beliau berkata, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh ‘utusan’ khas yang dihantar untuk bertemunya itu hanya akan didedahkan bila tiba masa yang sesuai.

“Utusan ini pun kawan-kawan juga. Saya tak mahu kata ia diutuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi secara umum tak salah untuk beranggapan begitu kerana beliaulah yang beria-ia hendak tubuhkan kerajaan.

“Ada dua kali mereka berjumpa saya iaitu minggu lalu dan minggu sebelumnya,” kata Abdul Rahman kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, dalam ucapannya ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Rahman mendedahkan beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk menyertai parti pembangkang.

“Mereka datang jumpa kita kata hendak tubuh kerajaan yang bebas rasuah, tapi dalam pada itu mereka tawarkan habuan pula kepada kita. Bukankah itu sendiri satu bentuk rasuah?” jelasnya

sumber : http://utusan.com.my

Post a Comment

0 Comments