Full Width CSS

Masuk Ikot Pintu Depan !

KUALA LUMPUR: "Jangan guna pintu belakang masuk Putrajaya." Demikian ujar pemerhati politik Dr. Chandra Muzaffar apabila mengulas mengenai desas-desus sejak tiga bulan lalu akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan ia cuma satu bentuk propaganda atau 'perang saraf' Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Anwar Ibrahim, Chandra berkata: "Ia seolah-olah mengancam kedudukan BN bahawa ada yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat, akan ada 30 hingga 40 orang sudah sedia memasuki Pakatan Rakyat, sanggup berpaling tadah."

Dalam pertemuan dengan mStar Online minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyifatkan ia sebagai satu "propaganda" semata-mata.

"Propaganda," jawab ringkas Dr. Mahathir.

Malah, menurut Dr. Mahathir, beliau juga percaya Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri.

"Saya tak nampak dia boleh jadi Perdana Menteri," katanya.

Ketika ditemui sempena 100 hari selepas pilihan raya umum, Chandra yang juga Presiden Just berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar seharusnya menggunakan pendekatan yang dapat diterima ramai jika merasakan pihaknya berpeluang menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

"Jangan masuk Putrajaya melalui pintu belakang, cara yang baik ialah melalui pintu depan," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga menyarankan mana-mana wakil rakyat sama ada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Dewan Rakyat, jika ingin menyertai Pakatan Rakyat harus meletakkan kedudukan mereka terlebih dahulu.

"Saya menganggap bahawa ia (tindakan melompat parti) tidak salah dari segi undang-undang, tetapi jika wang ringgit dan janji digunakan untuk melompat parti, maka ia salah dari segi moral dan amalan demokrasi.

"Mereka yang terlibat ini harus mengembalikan semula mandat yang telah diperoleh (ketika pilihan raya umum ke-12) kepada pengundi dan harus meletakkan jawatan... kemudian bertanding semula jika merasakan boleh menang dan mahu bertanding lagi," kata beliau sambil mengakui kini tiada peruntukan sedemikian.

Jelas beliau, perlu ada pindaan undang-undang bagi membolehkan peruntukan baru digubal bagi menghalang mereka yang menang atas tiket parti lain tetapi kemudian menyertai sebuah parti lain.

Perpindahan besar-besaran wakil rakyat mengejutkan negara berlaku pada tahun 1994 selepas pilihan raya umum negeri Sabah.

Tambah Chandra, tindakan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti selepas menang atas tiket sesebuah parti bertindak bertentangan dengan etika dan salah dari segi demokrasi.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Semalam di Pulau Pinang, Anwar menyebut bahawa beberapa Ahli Parlimen MCA pula akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Chandra juga melahirkan kehairan beliau sebab spekulasi sedemikian berlarutan memandangkan BN yang mempunyai perbezaan 58 kerusi di Dewan Rakyat jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan perbezaan kerusi sebanyak 58, cakap-cakap seperti ini satu fenemena luar biasa. Kalau di negara lain majoriti dua atau tiga kerusi, isu lompat-melompat biasa diperkatakan dan berlaku," katanya.


Ulasan

Senang cite jgn main kotor la wahai wakil-wakil rakyat yg teringin lompat parti dan join Pakatan Rakyat. Sebelum bertindak pikirkanlah bhw siapa yg membenarkn anda utk menjadi calon di kawasan anda, sudah tentu k'jaan BN.

Ingt juga, siapa yg berikan anda mandat utk menjalankn tanggungjwb sbg suara rakyat. Ingt juga, mengapa anda dipertanggungjawabkn tugas selaku wakil rakyat. Jgn pentingkn diri sdr demi mengejarkn jawatan, pangkat dan wang semata-mata, tanggungjawab diabaikn.

Sebaiknya, jika nk lompat parti juga, lepaskn jawatan sbg wakil rakyat terlebih dahulu agar rakyat yg mengundi tidak terasa teraniaya disebabkn sifat tamak mereka yg tak kenang dek untung. Pikirkan juga adakah tindakan anda ni betol atau sebaliknya.

Kerana telah terbukti, janji-janji yg ditaburkn oleh si munafik ni tak penah dikotakan. So jgn berharaplah sekiranya anda menginginkn jawatan yg 'ditawarkn' oleh Pakatan Rakyat.

Tentang Ku Li pula, lu pikir la sdr beb..tak larat nk melayan dia tu, nyanyok agaknye~

Post a Comment

0 Comments