Full Width CSS

Mat Jenin Ker Mat Kucar Kacir??

GOMBAK - Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dari daerah itu, semalam membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas lima sebab di Balai Polis Gombak, Batu 6, semalam.

Laporan polis yang diketuai Ketua Sekretariat badan itu, Mohamad Mustafa Latif, berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana beliau (Anwar) mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan yang sah diberi mandat oleh rakyat melalui sistem pilihan raya dengan usaha-usaha mengambil alih kuasa pentadbiran secara paksaan, tidak bermoral dan tidak beretika seperti cubaan menyogok Ahli-ahli Parlimen supaya melompat parti.

Anwar juga dakwanya, berbohong dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan memenangi pilihan raya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini selain dikatakan menimbulkan situasi ketidakstabilan politik dalam negara dengan berbagai tohmahan, pembohongan dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat.

“Anwar pernah menyatakan kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) dan negara juga tidak mempunyai daya saing,” katanya yang ditemani Naib Ketua UMNO Gombak, Said Anuar Said Ahmad, Majlis Belia Daerah Gombak, Fadhli Mansor dan Omar Sudi Abdul Manap ketika membuat laporan polis berkenaan

“Anwar telah menimbulkan suasana keresahan dan ketegangan yang boleh memudaratkan perpaduan dan hubungan di antara kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mustafa, pihaknya memohon kerajaan dan pihak polis supaya tidak sesekali berkompromi dalam hal berkaitan keselamatan rakyat dan negara serta mengambil tindakan terhadap Anwar yang dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara termasuk menggunakan Akta ISA bagi membendung kegiatan beliau.

Tambahnya, tindakan ini (laporan polis) adalah langkah pertama dari Barisan Bertindak Gombak dan dalam masa yang terdekat akan mengadakan kempen mendapat tandatangan orang ramai untuk mengemukakan petisyen kepada kerajaan termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bagi menjamin keselamatan awam.

Sebelum membuat laporan polis, lebih 35 orang daripada barisan bertindak itu berkumpul di hadapan balai polis sambil memegang kain rentang.

Bagaimanapun perbuatan mereka yang seolah-olah berpiket secara haram telah menimbulkan rasa kurang senang Ketua Balai Polis Gombak, Cif Inspektor Wan Khalid Wan Omar yang kemudiannya menasihati mereka supaya beredar dari tempat itu.

Dalam pada itu pada hari yang sama juga Ketua Pemuda Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (Perkib) Malaysia Wilayah Persekutuan dan Selangor, Ikram Othman turut membuat laporan polis berhubung Anwar pada jam 1 petang di Balai Polis Wangsa Maju.

Ikram berkata, pihaknya membuat laporan polis terhadap Anwar kerana beliau (Anwar) telah mengkucar-kacirkan keadaan negara dan mengelirukan rakyat.

“Tindakan pembohongan beliau telah menyebabkan campur tangan negara luar mengenai urusan dalaman Malaysia dan rakyat mengalami perpecahan terutama kaum Melayu,” katanya.
-sinar


Komen:
Nampknye semua pihak dh mule muak, bosan, menyampah, menyirap dll yg sewaktu dgnnye pd DSAI ni.
Berjanji mmg mudah tp bile nk realisasikan mmg payah. Seumpama membuat loan, masa nk pinjam janji manis je nk byr monthly tp bile tibe masanye perghhh~ 1002 alasan yg keluar.
Lepas ni apa plak janji yg DSAI nk janjikan pd kita..?

Ekonomi plak makin kurang baik, bile aku ckp psl DSAI la punca ekonomi tak menentu kt M'sia ni, ramai plak yg bela dia.. Kenapa sukar sgt nk terima kenyataan yg DSAI tu mmg penyumbang utama pd ketidakstabilan ekonomi negara.
Pelabur tak berani nk melabur dlm negara psl keadaan politik negara kurang stabil dsbbkn ada ura² bakal bertukar k'jaan. Mgkin bile keadaan dh normal @ 'kjaan baru' ditubuhkn br la keadaan ekonomi stabil skit kot.

Tp satu sje boleh dikatakan ialah 'berhenti berharap'
Masih ada yg berharap~;p

Post a Comment

0 Comments