KOTA BHARU 21 Dis. – Setelah lama tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Pas memberi jaminan untuk melaksanakannya di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu.
Buktinya ujar beliau, kerajaan Pas Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.
“Kita memang mahu melaksanakan hudud tetapi dihalang oleh UMNO. Kalau UMNO tumbang Insya-Allah kita boleh melaksanakan hukum hudud.
“Saya memberi jaminan, kita akan buat (laksana hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah pada masa depan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diasak beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang bertanyakan pendirian sebenar Pas dalam Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang di sini malam tadi.Sumber - Utusan M'sia
Komen : Hahahaii PAS, betol ker nk laksana hukum HUDUD ni??
Jgn ckp je tp bile dh menang tibe² HUDUD ke mana, perjuangan entah ke mana..
Tau² PAS sekali lg dicontrol DAP & PKR tu mcm di Perak tu..
Tp pagi td DAP dh kuar kenyataan yg dorg tak mnyokong perjuangan hukum HUDUD yg dibawa PAS utk kempen p/raya Kuala T'ganu ni.. Amcm PAS??
Geng² Pakatan Rakyat dh bangkang awal².. Kalo nk harapkan PKR sokong, jgn harapla psl PKR pun 2 x 5 dgn DAP je.. Nak plak PKR tu bawah telunjuk Anwar, mmg tak dapek la..
Macam mano tu PAS??
Hahahaiii~
5 Comments
ahaks..mana mgkin hudud d laksanakan dgn adanya DAP,dorg awal2 lg dh reject
ReplyDeletetau takpe..
ReplyDeletePerdebatan Khairy-Husam menyerlahkan suatu realiti yang perlu diterima oleh PAS dan UMNO, iaitu Sistem Pemerintahan Islam sukar dilaksanakan tanpa kerjasama PAS dan UMNO.
ReplyDeleteUMNO tidak pernah menentang konsep Negara Islam, termasuk perlaksanaan hudud. Namun, kepimpinan UMNO di peringkat awal perjuangan kemerdekaan telah meletakkan keutamaan-keutamaan tertentu di dalam membangunkan negara. Terlalu banyak perkara asas perlu disegerakan seperti membasmi kemiskinan dan buta huruf, membangunkan infra-struktur dan kemudahan awam dan sebagainya. Kerajaan Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC juga perlu berdepan dengan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya yang mendapat sokongan Parti Komunis China.
Di dalam masa yang sama, Kerajaan pimpinan UMNO telah melaksanakan program-program asas Islam seperti pembinaan masjid dan surau, penubuhan Tabung Haji, mentadbir urusan penentuan puasa dan hari raya, pengurusan zakat dan lain-lain. Namun kaedah perlaksanaan Islam secara beransur-ansur telah ditolak oleh PAS. Malah PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Hanya sekarang PAS mula pandai bekerjasama dengan parti 'orang kafir' sepereti DAP. Hanya setelah berkawan dengan DAP, PAS mula menggunakan istilah 'menangguhkan perlaksanaan hudud' dan sebagainya.
Salam sdr.Reez..
ReplyDeleteNak tambah sikit pasal Husam Musa ini...
Pengakuan Husam Musa semasa PR dilancarkan ( bukan ditubuhkan - PR rasanya belum didaftarkan lagi..harammm ? )..
Negara Islam bukan agenda Pakatan!
Husam Musa pernah mengaku Agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS
Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.
"Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.
"Oleh kerana negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini tidak lama dahulu.
Beliau diminta mengulas kontroversi awal penubuhan Pakatan Rakyat susulan kenyataan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang dilaporkan berkata "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam."
Husam, yang juga exco kanan kerajaan PAS itu, berkata intipati perjuangannya termasuklah tadbir urus yang Islamik seperti amanah, telus, adil dan saksama, tidak mendiskriminasi, membantu yang lemah dan prihatin.
"Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara hari ini - rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama," katanya.
"Idealisme negara Islam harus diteruskan oleh ahli-ahli PAS tetapi PAS juga telah menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai kerangka utama untuk bergerak.
"Saya ingat (penerimaan) ini satu jaminan kepada pemimpin-pemimpin kanan seperti Karpal Singh bahawa tidak ada perubahan (yang berbeza) di luar imaginasi mereka."
Isu negara Islam, tambahnya, sering mengelirukan kerana model yang ada kini seperti Iran, Arab Saudi, Bangladesh mencipta tanggapan berbeza-beza kepada banyak orang.
"Untuk melawan gejala rasuah, apakah asas tindakan anda? Jadi, bagi ahli-ahli PAS, ajaran Islam (sebagai asasnya).
"Anda mesti menjadi seorang pemimpin yang bersih, bertanggungjawab, telus, dan ini semua preskripsi untuk tadbir urus yang juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin Umno."
Menurut Husam lagi, Pakatan Rakyat membenarkan ketiga-tiga parti pembangkang berada dalam satu platform dan terpulang kepada parti masing-masing menentukan parameter utama pakatan tersebut.
"Khususnya berkaitan tadbir urus, termasuk kerajaan yang bersih, adil, memberi peluang sama rata, mengambil berat kumpulan miskin dan tertinggal, mengutamakan kebajikan, menguruskan (wang) negara secara berhemah, dan dengan itu mengelakkan pembaziran, melaksanakan amalan tender terbuka - ini akan banyak membantu negara kita berada atas landasan yang betul," katanya.
"Dan inilah yang telah hilang - kemandirian badan kehakiman, kebebasan bersuara, agenda moral untuk generasi muda, menurunkan kadar jenayah, masalah penyalahgunaan dadah, - inilah agenda-agenda negara yang juga selari dengan ajaran Islam. Tidak ada pertentangan di sini.
"Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan Rakyat, ia mestilah selepas penerimaan orang ramai, bukan dengan cara mendakwa 'saya (PAS) tunjang (Pakatan)' tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yang dilakukan oleh Rasulullah," katanya.
Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
Sebelum itu Ahmad dilaporkan menafikan bertegas PAS harus menjadi "tunjang" pakatan itu dan melahirkan rasa kesal pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.
Cakap macam keling..putar alam dan lidah bercabang...Jika negara Islam bukan agenda Pas, macamana nak tegakkan hukum hudud..bila rasa dah tak boleh, salahkan pulak kerajaan kenapa tak tegakkan HUDUD..dia tak sedar satu jari arah kepada orang, tiga jari lagi mengarah ke diri sendiri..
Salam perjuangan
time kaseh taminsari !
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..