SHAH ALAM 31 Mac - Seorang wanita hamil lima bulan bersama rakannya didenda RM1.04 juta setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki 520 salinan langgaran dalam bentuk cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD).
Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman ke atas Wong Chooi Fun dan Ng Shuk Kuen kedua-duanya berusia 27 tahun.
Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda tersebut serta merta setelah permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda, ditolak.
Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada pukul 6.15 petang di premis Ong Laser di No. 9, Jalan Maxwell Rawang, Gombak dekat sini.
Wanita terbabit disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta tersebut.
Ia memperuntukkan denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran yang dimiliki.
Sumber Utusan Malaysia
Komen:
Kalo aku kene denda byk tu, mau pengsan bangun balik pengsan
bangun balik mcm tu la jdnye smpai 203 kali. Aduhhhhh~
Moral : jgn beli - jual - simpan vcd haram
1 Comments
salam Reez,
ReplyDeleteitula problem nya... sbb ori Mahal sgt.. klu la yg ori tu murah lbih kurang mcm ctk rompak tentu semua ni tak kan jadi...
moral: pengusaha2 industri seni tanah air ... kalu nak buat album @ filem (jgn guna "material") byk sgt_ sbb ramai pengguna lbih suka yg murah & bukan yg ada byk kualiti...
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..