Aku masih tak paham & tak dapat nak menerima bhw orang² Melayu kini terutamanya bukan UMNO tidak mahu bersatu dalam isu pemerkasaan bangsa Melayu.
Melihatkan senario negara hari ini, aku kurang yakin bangsa Melayu akan dapat bertahan lama di bumi M'sia ni kalo takde persepakatan sesama bangsa Melayu & agama Islam khususnya. Kenapa ar, kita sesama Melayu tak mahu bersatu?
Sedangkan kita 1 bangsa, 1 agama & 1 negara tp tak bole nk bersatu juga??
Melihat usaha Haji Hadi Awang dari PAS & UMNO yg bersungguh² mahu bersepakat dan bersatu dgn UMNO utk menyatupadukan orang² Melayu adalah langkah yg positif kerana ianya tidak merugikan mana² pihak pun. Mungkin dari segi fahaman politik kita berbeza tp dari segi kesepakatan bangsa Melayu tidak merugikan malahan menguntungkan byk pihak terutama Melayu. Usaha ini hampir menjadi kenyataan tp malangnya Dato' Nik Aziz tidak bersetuju dgn usaha murni tersebut dan mengeluarkan kenyataan umpama bersatu dgn UMNO spt bersahabat dgn Iblis. Baik bersahabat dgn DAP.
Jahat sgtkah org² Melayu UMNO berbanding DAP?
Mungkin ada segelintir yg 'jahat' dlm UMNO dan selebihnya tidak spt yg disangka.
Susah bile kita mahu bersatu. Kelemahan kita akan terselak..
Sedar atau tidak, setiap ari kita (Melayu) akan diaju dan diungkitkan dgn pelbagai perkara. Isu DEB, isu jawatan Timbalan Perdana Menteri patot disandang dikalangan org bukan Melayu. Sepatotnya isu ini tidak akan timbul sekiranya sejarah perundangan & perlembagaan negara difahami dgn baik oleh kita.
Disebabkan mereka sengaja mahu menguji kita, mereka ungkitkan pelbagai hal. Kita membantah tetapi ada pula di kalangan bangsa kita yg menyokong tindakan tersebut. Katanya kerajaan tidak adil kpd bangsa lain.
Kita sudah terlalu byk mengalah dan kita berikan sedikit demi sedikit hak kita pd mereka. Kita naikkn lg kuota utk mereka tp sedarkah kita jika setiap ari kita diminta² & kita memberi. Penghabisannya apa yg akan tinggal pd kita?
Cuba ingt kembali bagaimana perpaduan kaum di negara ini dapat dicapai dgn aman? Rujuk kembali apa yg dimaksudkan dgn Jus Soli & Kontrak Sosial. Dari situlah terbentuknya Perlembagaan Persekutuan yg mengandungi 4 elemen antaranya :-
1- Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan
2- Hak Keistimewaan Org Melayu
3- Kedudukan Islam Sebagai Agama Rasmi
4- Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaaan.
Mereka tidak bole menyentuh hal² ini. Tidak sama sekali !! Apabila mereka sentuh, kita patot bangkit kembali dan menentang. Kita jgn menentang dgn senjata, kita menentang dgn psikologi. Fikirkanlah caranya sdr. Melayu bangsa yg pandai, pandainya ada yg baik & ada yg tidak baik.
Jadi..
Wahai bangsaku, lupakan la soal fahaman politik. Kita bersatulah atas nama Islam & Melayu. Tidak rugi jika kita bersatu. Kita akan kelihatan kuat spt dahulu dan bangsa lain tidak akan berani menyindir, membincang dan mentertawakan kita.
Hak kita wajib dipelihara agar generasi Melayu akan datang tidak terasa dianiaya oleh kita ari ini.
Blog ini mungkin ada pasang surutnya. Kdg² aku perlu hentam juga org Melayu yg bertopengkan syaitan. Kdg² aku perlu akur dgn kehendak semasa.
3 Comments
ORANG CINA CUMA MEMIKIRKAN BAGAIMANAKAH HENDAH MENGAMBIL TANAH MELAYU , MENGUASAI EKONOMI DAN POLITIK UNTUK MENJADIKAN ORANG MELAYU BANGSAT DINEGERI SENDIRI,ORANG MELAYULAH (umno) YANG SENTIASA MELAUNGKAN MACAM-MACAM ISU UNTUK MENARIK HATI ORANG CINA TETAPI KAUM CINA TIDAK SAMA SEKALI.(LIHAT KOMEN BLOGGER CINA).PEDIS JIKA KITA MEMBACANYA.jIKA CINA SUDAH AMBIL NEGARA INI BARULAH MELAYU(PAS)SEDAR,NAK BERKONGSI KUASA DENGAN iNDIA JAUH PANGGANG DARI API(LIHATLAH MODEL NEGARA INDIA ITU SENDIRI-).KERANA PEMIKIRAN MELAYU YANG SENTIASA NAK AMBIL HATI BANGSA LAINLAH KEWARGANEGARAAN DIBERI DAN HAK UNDI.kALAU JADI MACAM SINGAPURA BARULAH PADAN MUKA DENGAN MELAYU(PAS).MODEL NEGARA ORANG CINA IALAH SINGAPURA DAN NEGARA CINA ITU SENDIRI.ORANG CINA CUKUP BIJAK MENGGUNAKAN KUASA DAN BERSATU APABILA KUASA MELAYU MENGUGAT MEREKA.DIDALAM ASIA TENGGARA ORANG TANAH MELAYULAH YANG PALING BODOH SEKALI KERANA KEBODOHAN MEREKALAH TANAH MELAYU DIJAJAH OLEH PENJAJAH SELAMA 400 TAHUN.KEBODOHAN ITU MASIH LAGI DIWARISI OLEH MELAYU HARI INI .APA YANG MELAYU ADA..BANDAR CINA..DAN SEMUA CINA DARI PERNIAGAAN MULTIMILLION SEHINGGALAH JUAL "KACANG PUTIH".MELAYU ADA APA..POLITIK DAN "TELUR DUA BIJI"ITUPUN TIDAH MAHU BERSATU PADA SAAT -SAAT GENTING .dUA BUKIT TUMPAS MAINAN KEBIJAKSANAAN POLITIK ORANG CIA.mELAYU TEOUK TANGAN .CINA MAKAN AYAM BERSAMA HINDU MABUK TODI.
ReplyDeleteLebih manis kalau bersatulah rakyat Malaysia, satu Malaysia.
ReplyDeleteKita semua adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kita bersatu memerangi kemiskinan, kita bersatu memerangi ketidakadilan.
Kita bersatu membina kekayaan, bersatu membina jatidiri negara, bersatu membina bangsa Malaysia.
Buat apalah kita hendak bergaduh dengan orang Cina dan orang India. Marilah kita bersatu dengan mereka, untuk membina Satu Malaysia.
penulis akhirnya berjaya memperketengahkan hujah yang baik dengan memberikan beberapa contoh seperti perkara asas prinsip kontrak sosial. harus diinga juga bahawa dalam diskusi jurisprudence (yang memperkenalkan ide kontrak sosial) juga tidak mendangkal bahawa pemimpin yang tidak mampu membela rakyat, zalim dan menindas tidak boleh dijatuhkan. Lebih hebat lagi pada pandangan mereka, pemimpin seperti ini tidak mendapat ruang dalam amalan demokrasi dan layak digulingkan dengan cara yang tidak bermaruah. Begitulah yang berlaku terdahulu seperti kejatuhan kerajaan Soviet dan kini di negara jiran kita sendiri, Thailand. Isu perpaduan Melayu, bagi saya pakatan dan perpaduan itu bergantung sama ada saya ingin bersatu dengan Melayu yang Islam pada nama sahaja. Jika Melayu itu minum arak, tidak ada iman dan ilmu, solat tunggang terbalik, amalkan rasuah, takbur dan bongkak, saya rela berpakat dengan bangsa lain. Bukan Melayu je orang Islam kat Malaysia ni. India Muslim lagi kuat iman berbanding Melayu. Persatuan mereka kuat, masjid dan surau mereka lebih meriah dengan jemaah dan pelbagai aktiviti. Tak kurang juga amal jariah mereka datang ke setiap masjid meminta bil air dan elektrik untuk mereka jelaskan. Itulah sedekah dan amal jariah mereka. Tak perlu press, tak perlu cek besar2 dan terpampang muka di surat khabar pun. Apa salahnya Cina atau Sakai jadi PM? Selagi UMNO tak ubah pemikiran " daripada orang Cina kebas, baik aku kebas". Sebab benda inilah yang merosakkan negara, menjatuhkan bangsa dan memecahbelahkan perpaduan. Jawatan anda adalah amanat rakyat serta tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Jadi, jujurlah dan jgn asyik nk ketuk duit rakyat aje.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..