Haihhhh~
Keputusan PRK mlm td nyata spt mengecewakan kita. Walaupun nmpk seakan² BN kalah tp sebenarnye BN tak kalah cuma kita tak dapat merampas kawasan 'jajahan' Pakatan Rakyat saje.
Kita berjaya kekalkan kerusi di Batang Ai, Serawak. Tapi kita tidak berjaya di Bukit Gantang, Perak & Bukit Selambau, Kedah. Kita (BN) dah cuba beri yg sebaiknye pd rakyat setempat tp penduduk di sana lebih gemar calon penipu & penderhaka Sultan.
Tak semua yg mengundi penipu & penderhaka ni cuma segelintir saje. Cuma nasib tidak menyebelahi kita. Di masa akan datang BN harus perkukuhkan lg parti. Najib, Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO, MCA, MIC & parti perikatan yg di bawah BN harus memikirkan sesuatu agar dapat mengembalikan kepercayaan rakyat pd parti BN.
Mungkin calon BN di Bukit Gantang bukan calon feberet kerana dari segi populariti yg diraih. Mungkin juga penduduk Bukit Gantang mahu melihat sejauh mana prestasi Nizar utk menerajui kwsn Parlimen barunya itu.
Di Bukit Selambau pula, mungkin disebabkan terlalu ramai calon yg menyebabkan kekalahan ni. Isu² yg dibawa juga tidak berapa gempak sgt. Ini sekadar andaian aku je.
Walaubagaimanapun, sekalung tahniah pd semua jentera BN yg telah bertungkus lumus berjuang demi parti utk pilihanraya kecil kali ini. Tak usah bersedey, kekalahan ini adalah semangat utk kita berusaha lebih utk mendapat mandat dari rakyat pd masa akan datang.
Bawah rumah ada tanah
Atas rumah ada atap
2 Bukit kita punah
1 Batang tetap mantap~
15 Comments
Aku tak sedey Reez.Cuma 'meroyan' je..ko pun tau kan muahhahaha
ReplyDeleteBN dah cuba untuk beri yang terbaik di sana cuma pengundi yang tak nampak..kabur²..blur²..rabun²..ahhh..sama spesis la tuh!
SALAM ZIARAH BRO
ReplyDeleteKEKALAHAN BKN BERERTI TITIK PENAMAT SESEBUAH PERJUANGAN. MALAH IA AKAN MENYUNTIK SEMANGAT MELAWAN YG LEBIH TINGGI DRP SEBELUM INI. AYUH KITA RAPATKAN, KITA KUATKAN, KITA TEGUHKAN BARISAN DLM MENENTANG DAKYAH SONGSANG PEMBANGKANG!
QasehNuryz mungkin tak faham erti demokrasi, undi adalah hak rakyat. Sesiapa pun yang dipilih adalah pungutan suara rakyat di sana. Jadi, Jangan sebab kalah, pengundi pula dicerca. Macamana orang nak respek UMNO-BN? Melungkup lagilah nampaknya.
ReplyDeleteSapa cerca sapa Burpingburps?
ReplyDeleteBaca ayat saya baik² dan fahamkan.
Kalau pembangkang yang kalah semalam u all salahkan sapa? Pemimpin atau Pengundi?
Ni pakat lah u all menang.Kalau kalah.....berjela² alasan + watak PENGUNDI HANTU tiba-tiba akan muncul!
kpd qasehnuryz,
ReplyDeletesy setuju dgn burpingburps.maaf kalau silap membaca.daripada apa yg qasehnuryz tulis 'pengundi x nampak,kabur2..blur2,rabun2' mendefinisikan majoriti rakyat yg memilih dan memihak kpd pr sbg kabur.bkn begitu?
'kalau' pembangkan menang,'kalau' DS anwar jadi pm,'kalau' DS najib yg bunuh altantuya.semua tu x boleh digunakan utk membahas.maaf kalau tersalah kata..
jaga² dgn ayat ko rasyd !!
ReplyDeleteckp mlm dgr²,
ckp siang jwbla sdr..
tambah 'kalau' DS anwar meliwat saiful bukhary.neutral dh.cakap siang pandang2.hehe = )
ReplyDeleteNasib baik di Btg Ai belum ada letrik sepenuhnya, kalau tak mesti BN menang lg besar.
ReplyDeleteKeperluan dan kehendak rakyat di Sabah dan Sarawak merupakan satu fenomena atau isu yang dihadapi oleh UMNO di Semenanjung awal kemerdekaan itu. Rakyat di sana masih butuhkan pembangunan dan keselesaan hidup dan tahap ekonomi yang lebih baik. Jadi, mereka tentunya menyokong parti yang mampu merealisasikan keperluan mereka.
ReplyDeleteBezanya di Semenanjung, pembangunan telahpun dirasai oleh rakyat secara amnya. Isu yang dibangkitkan lebih ke arah administrasi negara sama ada dalam sistem kehakiman dan perundangan, pemberian tender dan projek kerajaan yang berbau kronism dan sebagainya. Rakyat di sini nahu suara mereka lebih dihormati, kebebasan bersuara diberi dan pembahagian ekonomi yang lebih adil dan saksama. Masakan UMNO berasa aneh kebanyakan pemuda pemudi kini mengundi dan berpihak kepada parti pembangkang? Generasi muda kini ramai yang berpendidikan dan sememangnya secara logik dilihat seperti ada yang tidak kena di kalangan orang UMNO itu sendiri. Kami yang berkelulusan tinggi pun belum tentu dapat pakai kereta Rolls Royce, masuk UMNO je boleh pakai lagi mewah dari Rolls Royce.
Adapun setiap parti punyai kekurangan bergantung kepada jenis manusia yang berselimut di dalamnya. Tetapi korupsi pentadbiran UMNO tidak boleh ada toleransi lagi. Lihat sahaja angin perubahan yang bakal dibawa apabila PR memerintah kelak, maka berduyun-duyunlah pengampu dan pelungkup duit rakyat mengaku taat setia BN dan berjanji setia pada PR. Masa tu, PR pulak tayangkan klip mereka mencerca PR sepertimana yang mereka lakukan terhadap Anwar.
Dinasihatkan, PR harus lebih tegas kini dalam menangani isu politik wang dalam parti sebagai langkah awal kerana tak lama lagi ramai pelungkup-pelungkup nak lompat parti. Tak percaya, tengok bila PR menang PRU 13.
salam... nampaknya penyokong tegar umno ni masih lagi tak dpt menerima 'signal' dari rakyat.. rakyat yang undi.. bukan lembu.... so rakyat berhak utk tolak mana2 pemimpin yg dorang rasa tak layak.. igt slogan BN sebelum PRK, "Mohon Restu Rakyat"... tapi rakyat tak merestui kamu wahai BN.... terima la hakikat..
ReplyDeletekenapa ada yang mengatakan yg kekalahan BN tak bermakna rakyat tolak BN... tapi bila masuk bab kemenangan di Batang Ai.. keluar plak statement "bukti rakyat sokong BN"... masih tak sedar lagi ke? BN menang cuma di sarawak... pengundi di Semananjung lebih terdedah dengan fakta yang sebenar tanpa diputar belitkan oleh media perdana... media perdana siang dan malam mempromosikan calon BN... media perdana secara mutlak menjadi alat kempenn BN... PR macam mana? kenapa PR yang tanpa sokongan padu dari media perdana... masih lagi menang? ini kerana rakyat khususya di semenanjung dah boleh berfikir dengan waras.. dan dpt menilai saluran 'berita' mana yang boleh dipercayai.... cukup la propaganda BN selama 50 tahun....
kenapa hari ni rata2 kita lihat kerajaan BN bersungguh2 utk menambat hati rakyat... selama ni tak penah amik tahu pasal rakyat ke? baru tersedar dari lamunan kemewahan selama 50 tahun lepas?
andai kata PR kalah dlm PRK.. PR tak pernah menyalahkan rakyat yang mengundi.. tak pernah mencerca rakyat kabur, blur, rabun, etc2... cuma PR menyalahkan pemimpin yang zalim dan proses pengundian yang TIDAK BERLAKU ADIL... lihat saja peranan SPR (utk 49 tahun yang lepas) berat sebelah kepada BN... ini termasuk Polis, Media Perdana apatah lagi... macam mana rakyat nak pangkah BN selagi menda2 macam ni BN sendiri tak mahu mengaku..
fikir2 kan lah wahai makhluk tuhan..
Well..well bersungguh² adik-adik ni menegakkan PR.muahahhaptuihh
ReplyDeleteLook..sebagaimana u all penyokong tegar PR punya banyak alasan untuk menyokong PR.Begitu juga kami punya 1001 alasan untuk terus menyokong BN/UMNO..
So,no point u all nak tulis berjela² sebab pendapat korang tu hanya puak² korang je yg akan baca.Lepas ni jangan lupa ajak kawan² yang lain beri hujah yang panjang² oke.
- SAY NO TO ANWAR & PR -
We present facts and this fact can't be taken by UMNO bearing their arrogance and ignorance.
ReplyDeleteGTH
Korg asyik dok kata UMNO tu kotor la what ever la~
ReplyDeleteTp aku nk tanye korg, PR tu bersih sgt ker?
Korg idop aman kt M'sia ni pun hasil perjuangan UMNO gak. Rumah yg korg duduk tu pun hasil UMNO gak.
Sekolah yg korg blaja smpai pandai menentang k'jaan pun hasil UMNO & K'jaan.
Jgn keterlaluan sgtlah membuat hukuman pd UMNO. Yes mmg dlm UMNO ada yg kotor tp sedikit demi sedikit kotor tu cuba dibuang dr UMNO.
Korg terlalu taksub pd perjuangan PR. Cuba pk masa dpn negara tanpa ada parti kuat utk org Melayu !!
hidup kat malaysia hasil perjuangan umno.hahahah.kalau dah nama pemerintah kena lah buat semua tu untuk rakyat.mana boleh ungkit.jangan cakap pasal hasil usaha umno &bn.kalu dah x nak buat semua tu untuk rakyat. biar pr ja yang buat. nape ?kerajaan dah boring ke?asik buat sekolah ja?asik buat bus stand ja?
ReplyDeleteK'jaan tak bosan nk buat pembangunan utk rakyat tp k'jaan kesal dgn sesetengah di kalangan rakyat yg tak reti bersyukur..
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..