Full Width CSS

R.A.H.M.A.N



Hari ini sekali lagi Malaysia melakarkan sejarah tersendiri apabila proses pertukaran Perdana Menteri berjalan dgn lancar dan baik sekali tanpa ada sebarang rusuhan mahupun rampasan kuasa.

Tp mungkin ada yg merusuh dlm hati gak ni.

Pelantikan Dato Seri Najib Tun Razak sbg Perdana Menteri ke 6 telah melengkapkan perkataan R.A.H.M.A.N yg membawa maksud turutan nama² Perdana Menteri Malaysia.

R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Mahathir Mohammad
A - Tun Abdullah Badawi
N - Dato Seri Najib Tun Razak


Tahniah diucapkan pd Dato Seri Najib Tun Razak, teruskan memerintah negara dgn baik dan menuju kejayaan.

Sekalung budi terima kasih diucapkan pd Tun Abdullah Badawi atas jasa² beliau selama ini menjadi Perdana Menteri ke 5 walaupun byk dugaan yg menimpa diri beliau. Jasa dan pengorbanan beliau tetap kami hargai.

Terima kasih banyak² !!

Maka ingtlah tarikh 3 April 2009 adalah tarikh menarik utk diingati sehingga generasi² akan datang..

Post a Comment

7 Comments

  1. Salamz...

    Lepas R.A.H.M.A.N apa pula ye?

    Kalau ikut turutan Bismillah, R.A.H.I.M

    Kalau ikut lawan perkataan Rahman, B.A.K.H.I.L

    Ada sesiapa nak mulakan Teori B.A.K.H.I.L?

    hahahaha

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO...
    SEMEMANGNYA KEPIMPINAN NAJIB AKAN MENGEGARKAN SEANTERO DUNIA. TERUTAMA ANWAR AL-JUBURI AKAN LEBIH KEPANASAN DENGAN NAJIB SEBAGAI PM MALAYSIA.

    TERUSKAN BERJUANG BRO...
    ADD EMEL KAWAN..
    gomo_no1@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. MCA tuntut jawatan TPM Cina
    Apr 3, 09 3:03pm
    Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".

    "Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

    "Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

    "Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.

    Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

    Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

    Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

    "Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.

    Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

    "(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

    "Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."

    ReplyDelete
  4. hahahaha ... kelakar a teori RAHMAN tu. Boleh pula mula dengan huruf R walapun PM pertama tidak bermula dengan huruf R.

    Orang melayu memang kreatif benda-benda macam ni. Lucu memang lucu ... hahahaha ...

    Apa-apa pun, harap dengan adanya PM yang baru ni Islam akan jadi lebih mantap.

    ReplyDelete
  5. anwar gigit kuku, lps tu nak rasa sedap, kulum sikit jari tu...

    ni habit anwar!!!

    x-pkr
    http://x-pkr.com

    ReplyDelete
  6. teori yg tak masuk akal.. menjadi pegangan ahli umno dulu kini dan selamanya... selepas N = Najib apa plak kesudahan kerajaan bn/umno selepas ini? sampai situ saja ke?

    cuba lihat dengan jelas.. R = Rahman... nama PM 1 malaysia ialah Abdul Rahman... Huruf pertamanya A bukan R... kalo nak diambil nama kedua iaitu R, Rahman.. PM ke-2 namanya Abdul Razak.. kena amik nama yg kedua iaitu R, Razak.. jadinya R.R.H.M.A.N

    nahh sekarang MCA dah tuntut kerusi panas no.2 Malaysia.... dulu bukan main heboh pasal anwar berkenaan TPM pilihannya... skrg ni terpalit kat hidung Najib pemimpin umno/bn plak... MCA dah mintak tu.. jgn buat2 pekak... kalo tak terima buat sidang media tak terima... biar semua rakyat tahu... tapi berani ke?

    ReplyDelete
  7. Teori tu bukan diambil dr pangkal nama..

    Tunku Abd Rahman & Tun Abd Razak mungkin pd permulaannye teori ini akan jd A.A.H.M.A.N bukannye R.R.H.M.A.N..

    Tp kita ambil nama tu sekadar utk sedapkan teori tersebut dan melengkapkan huruf RAHMAN..

    Kalo tak suke, terpulang. Ini teori datangnye dr Syed Hussein Al Attas di mana ramalannya 90% betul tp kita sbg umat Islam harus kembali dan pecaya pd ketentuan & ketetapan ALLAH S.W.T

    (teori ni aku ingt ms aku skolah rendah lg)

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..