Full Width CSS

Ulas Doktor Kantoi

Smlm Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan telah mengantoikan 2 org doktor kt Jabatan Kecemasan HKL. Dorg ni terkantoi sdg baca suratkaba & buat keje sdr sdgkan kt luar ramai pesakit yg tgh tunggu giliran nk dptkan rawatan.

Hari ni plak, CUEPACS rasa “kesal mendalam” pd cara Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.

Sebenarnye mungkin CUEPACS tak tau cite sbenar mengapa Datuk M. Saravanan ada kt situ.
Baca flow ni je senang..

- Driver Datuk M. Saravanan telah terlanggar seorang perempuan.
- Masa kejadian, Datuk M. Saravanan berada di function.
- Driver hantarla perempuan tu ke Emergency HKL.
- Then bile driver ni cite pd Datuk M. Saravanan, terus pegi melawat perempuan ni.
- Kebetulan ade wartawan ikot sama Datuk M. Saravanan ke HKL.
- Perempuan td tu still kt wad kecemasan tanpa menerima sebarang tindakan.
- Tggu punye tggu lama sgt doktor kt situ nk amek tindakan, Datuk M. Saravanan terjah ke bilik doktor.
- Tgk² doktor tgh buat keje sdr & baca paper. Hah kantoi !!

(aku tau cite sbenar ni masa tgk MHI, TV3 pagi td, Datuk M.Saravanan berciter ttg apa yg berlaku sbenaye)

Kata berita mutakhir hari ini..

CUEPACS pula kata,

Datuk M. Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.

“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.

Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan “mengesan” seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.

Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.

Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama


Komen Aku:

Aku tak rasa perkara ni kes terpencil spt yg dianggap oleh CUEPACS. Sbbnye ramai dikalangan kita yg pernah menjadi 'mangsa' keadaan di hospital terutamanye di hospital k'jaan. Mutu & perkhidmatan yg mengecewakan.

Kita patot paham, kebiasaannye kalangan yg ingin mendapatkan rawatan terdiri drpd golongan yg berpendapatan rendah & kurang mampu. Tak seharusnye mereka diberi rawatan lewat dan dirawat secara ala kadar sje.

Baru² ni 1 hal terjadi pd seorg kakak aku bile diherdik dan dimarahi oleh nurse yg bertugas di HKL juga. Bukan sje kakak aku sorg je kene marah, abeh semua pesakit² tua dan uzur dlm wad kelas ke 2 kene maki hamun dek sorg nurse ni.

Agaknye dorg ni pk buat keje atau tak, cukup bulan mst dpt gaji. Pegang jawatan tinggi² tp integriti takde. Kalo dh keje kt sektor khidmat awam tu kene la wat keje betol² dan berhemah dgn pesakit mahupun pelanggan atau dgn sesiapa mereka berurusan.

Bende² gini kalo tak hebahkan dan diatasi dgn cepat pastinya akan menjadi 'virus' pd org² lain terutama bdk² muda yg baru mulakan langkah memberi khidmat pd org ramai.

Post a Comment

7 Comments

  1. inilah jadinya kalau kerja untuk KPI, dari menteri sampailah ke tukang cuci, semua buat kerja tak ikhlas dan jujur.

    Gaji nak banyak, kerja nak kurang.

    ReplyDelete
  2. kesal baca ulasan camnie.
    bukan sumer mcm tur. krn nila setitik, abis susu sebaldi!!

    agaknyer, bila salah sorg family member ko xcident masuk emergency dn keadaan krital sepruh mati, then tetiba dpt di selamatkan hasil kudrat pakar, doktor, paramedik menyelamatkan mangsa, baru lah ko nak hargai mrk yg bekerja di jabatan kecemasan dan trauma.

    tp bgus perkara mcm nie kuar paper. at least doktor yg bekerja di jabatan kecemasan dan trauma akan lebih berdedikasi melakukan kerja.

    tq

    ReplyDelete
  3. Lieza,

    Nape nk kesal plak?

    Kita bkn nak pasal dgn dorg ni tp kita nk baiki kelemahan dorg. Bosan la asyik dgr kelemahan front line wad kecemasan. Kalo bende² gini tak masuk paper dorg still lg dgn sikap & amalan begitu.

    Bygkan kalo salah sorg famili ko terlibat dlm xcident dan nk sparuh mati gak tp tak diberi layanan sepatotnye, ape yg ko rasa?

    ReplyDelete
  4. sbb aku selalu tgk kes2 camnie d jabatan kecemasan dn trauma

    dn aku selalu tgk team2 penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan nyawa

    hingga tak merasa nak rehat, nak mkn nk minum

    dn syukur krn waris2 mangsa ader yg berterima kasih krn penat lelah mrk.

    ps: aku bkn doktor dn aku bkn paramedik. cuma aku selalu tgk dorg bekerja. tq

    ReplyDelete
  5. Sila update dgn laporan siasatan terbaru. Aku pernah buat internship kat HKL, mengikuti sesi kuliah (utk update dgn mslh di hospital, isu kos rawatan, teknologi dan kaedah rawatan terbaru etc) mereka dua kali seminggu, dorang sebagai doctor mmg dah okay sgt dah, dah deliver tapi bila doctor masuk management hancus. aku rasa dorg stick je la dgn patients dan hal2 berkaitan dgn kedoktoran, biar orang lain tadbir hospital, senior nurse pun lagi bagus utk tadbir pasal dorg learn management. Better think bout it.

    ReplyDelete
  6. Aku bkn cakap nk salahkan semua yg duduk kt front line hospital tu.

    Aku ckp sesetengah doc yg jenis gitu.
    Atau dlm bhs kasarnye 'mkn gaji buta'

    ReplyDelete
  7. Salam Blogger,

    Blog saudara memang menarik dan harus dilawat

    TAHNIAH dan teruskan usaha

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..