Aku rs entry kali takde org penah post lg kot. Ini adalah beberapa kajian aku selama 2 ari berpikir. Berikut senarai jenis² pemberi komen & blogger yg patot korg kenali :
a) Anonymous = Org mcmni dikenali sbg org penakot. Paling ramai skali rsnye. Kategorinya ialah baling batu sorok tgn. Suke memaki hamun atau memuji dan menyokong tuan blog tak tentu pasal tp identitinya tak mahu dikenali. Sehinggakan tuan blog pun takleh nk trace sape dia ni. Kemungkinan anonymous tu adalah tuan blog tu sdr pun ye gak hehe..
b) Id tanpa link = Org mcmni ramai. Kategorinya adalah pengkomen upahan. Sedia berkhidmat utk diri sendiri asalkan hati puas dpt komen kt blog org. Nama² femes yg akan diletakkan ialah Karim / Samad / Cuba Teka / Bapak Kau / Mak Kau / Najib / Pak Lah dll
c) Id link ke web rasmi = Hah org mcmni kurang skit tp mgkin lepas pendedahan ni makin ramai kot. Ini kategori lembu punya susu, sapi dpt nama. Dia komen positif & negatif tp bile click nama dia terus link kt website² rasmi kerajaan & ape² je la. Suke suki je. Mmg sah la org ni takde blog.
d) Id Blogger penakot = Org mcmni aku biase dpt komennye. Dikategorikan sbg berani² takot. Dia komen kt blog kita pedas² tp bile kita nk usha blog dia sengaja dia securekan @ blockkan. Org yg dikhaskan sje bole usha blog dia atau komen entry dia. Tak adil sungguh sama mcm keadilan.
e) Id Blogger berani kot = Jenis ni mmg ade. Kategorinya ialah pelakon terbaik. Dia syok dok puji² & kutuk entry² dlm blog kita tp bile usha blog dia, dia tulih cite yg takde kene mengene lgsg dgn hal ehwal yg dia komen cthnya psl politik. Kalo dlm bhs kurang pandainya ialah ’..budak² baru nak up (berjinak²)..’ – baru nk kenal dunia..
f) Id Blogger berani mati = Org mcmni mmg ramai. Bole dikategorikan sbg berani kerana benar takot kerana salah. Sbb rata²nya berani openkan blog pd public utk dibaca & dikomen. Kdg² ada gak rs risau dgn entry² baru dipostkan kt blog tp memandangkn blog adalah luahan rasa peribadi tuan blog maka suke ati lahkan selagi tak mengganggu gugat keamanan negara dan blom kene tahan polis.
Blog dorg ni lah paling byk sambutan dan tak kurang juga ada blognye
didendang.
*kalo nk tmbh tu silakan la.
2 Comments
Bro, pd hemat ko la kan ko rasa bagaimana blogger2 kat Malaysia ni blh mempengaruhi sidang pembaca nya yang secara tak langsung boleh menggugat ketenteraman awam? Sebagai contoh memakai baju hitam beramai2 sebagai tanda protes kepada sesuatu yang jelas melanggar keadilan dan hak seseorang, apakah blh mengancam ketenteraman atau yang dikatakan sebagai public order atau public interest? Aku yakin, jika media atau medium rakyat mendapat liputan atau berita yang menyeluruh dan telus tidak disekat, secara tak langsung dpt mengurangkan kehangatan perbahasan dlm tuan punya blog kat melaysia ni.
ReplyDeleteBlog pro UMNO yg macam ni la aku cari. Penuh pasal isu yang dikupas dengan baik dan tak nampak "kebodohan" macam blog UMNO yang lain. Syabas kepada saudara.
ReplyDeleteWalaupun aku ni penyokong pembangkang tapi banyak perkara pasal pembangkang yang ko sebut tu aku boleh terima. Isu yang dikupas menampakkan tahap intelek yang tinggi.
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..